Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perhimpunan besar-besaran menentang pengeluaran lesen judi sukan, anjuran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang dijadualkan esok tetap akan diteruskan.

NONE Bagaimanapun setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat engan mendedahkan  jumlah yang dijangkakan akan hadir pada perhimpunan itu yang kini memasuki fasa kedua berikutan kejayaan mereka mendesak kerajaan menarik balik pengeluaran lesen berkenaan.

Fasa kedua "Kempen Tak Nak Judi" akan diadakan di perkarangan Masjid Negara esok, bermula jam 2 petang.

"Kempen ini adalah sebagai meraikan kejayaan rakyat berjuang agar membantah pemberian lesen judi. Kempen Tak Nak Judi ini sebagai usaha untuk mendidik rakyat membenci judi.

"Isu judi ini banyak menimbulkan masalah dalam negara kita. Jadi (kempen) ini sebagai pendidikan kepada rakyat untuk memahami bahaya judi kerana ia menyebabkan kehancuran dan kemusnahan rumah tangga.

Anti gambling betting protest at Kedah Mosque 280510 "Ketagihan judi menyebabkan orang hilang pertimbangan. Anak, isteri dan keluarga menjadi mangsa," kata Suhaizan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, GMJ merancang menghimpun seratus ribu orang bagi bantahan itu tetapi berikutan penarikan balik lesen judi berkenaan, beliau menganggarkan jumlah yang akan hadir akan berkurangan.

Namun, Suhaizan yang juga ketua penerangan Pemuda PAS menjangkakan perhimpunan esok tetap akan mendapat sambutan khususnya daripada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO.

GMJ jug Anti gambling betting protest at Melaka Mosque 280510 a sebelum ini merancang mengadakan perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan  memorandum bantahan kepada Yang di Pertuan Agong.

Minggu lalu, kerajaan membuat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas alasan  pertimbangan agama dan juga kesan politik.

Menurut Suhaizan, beberapa pemimpin Pakatan dan NGO  juga dijadualkan menyampaikan ucapan dalam kempen tersebut.

Katanya, antara pengisian program tersebut adalah solat Zohor, solat hajat dan sujud syukur bagi hadirin yang beragama Islam.

P NONE ihaknya juga akan mengedarkan kira-kira 10 ribu keping "Risalah Rakyat" menolak judi dan pelekat "Sayangi Keluarga" kepada para hadirin yang hadir.

Suhaizan berkata pihaknya telah memohon permit pada 24 Jun lalu, bagi membolehkan mereka berhimpun di masjid tersebut walaupun masih belum menerima maklum balas daripada polis.

"Saya tidak menjangkakan akan berlaku ketegangan (dengan pihak polis) kerana kita nak tunjukkan judi itu tidak baik untuk masyarakat dan negara.

"Kita buat dalam kawasan perkarangan masjid, kawasan awam. Kita tidak buat diluar perkarangan masjid. Orang bukan Islam pun boleh masuk ke dalam perkarangan masjid," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS