Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Hubungan Anwar-Yahudi terbukti intim
Diterbitkan:  Jul 1, 2010 5:46 PM
Dikemaskini: 9:54 AM

Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi di sana baru-baru ini jelas membuktikan bahawa hubungan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan kumpulan berkenaan memang intim, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

azlan Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat menilai dan membuat pertimbangan sendiri mengenai perjuangan sebenar Ketua Pembangkang itu.

"Jelas terbukti, jadi kita harus buat pertimbangan apakah sebenar politik Anwar ini, untuk apa dia berjuang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan 2010 di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas satu laporan akhbar Washington Post Isnin lalu yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".

NONE Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel dibakar dan beliau juga membuat sindiran pedas mengenai firma perhubungan awam yang berpejabat di Washington menurutnya "dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh Kerajaan Malaysia.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, Anwar tanpa segan silu ke negara itu untuk memohon maaf di atas kesilapan beliau kerana khuatir ia mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakan-rakannya itu.

NONE "Sebab itu bila dia rasa dia sudah lakukan kesilapan, dia buat kenyataan itu dia cukup bimbang kalau-kalau sahabat dia yang ada di sana akan bukan sahaja tidak puas hati mungkin akan marah.

"Kita tahu di sini bahawa jelas hubungan yang rapat antara Anwar dengan kumpulan-kumpulan yang dikatakan pro-zionis atau pro-Yahudi itu, terserah pada rakyat untuk buat pertimbangan siapakah sebenar Anwar Ibrahim itu," katanya.

 - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS