Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata wang yang digunakan bagi membiayai lawatannya ke London bagi perjumpaan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang telah dibatalkan disalurkan oleh tokoh perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu, berkata beliau telah diarahkan oleh anak guamnya bagi menjawap kenyataan yang dibuat oleh ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada sidan media di lobi parlimen semalam.
Zahrain semalam menuntut SPRM supaya menyiasat individu yang menaja penerbangan Balasubramaniam dan penginapannya di London.
M enurut Americk, Balasubramaniam menyokong sepenuhnya cadangan Zahrain.
“Wang yang akan digunakan oleh beliau bagi lawatan ke London dan penginapan hotel di sana datang dari dana yang beliau terima daripada Deepak yang diberikan oleh Rosmah, yang merupakan penaja sebenar,” katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu, Americk ( kanan ) berkata SPRM wajar menyiasat kedua-dua mereka.
Bala menghilangkan dirinya selepas menarik balik akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya pada Julai 2008.
Ketika itu, belia mendakwa pembabitan adik Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak dan Deepak terbabit dengan penarikan akuan bersumpahnya itu.
Pada a kuan pertamanya, Balasubramaniam mendakwa Najib yang memperkenalkan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada rakan akrabnya yang juga penganalisis politik Abdul Razak Baginda.
Balasubramaniam dijadualkan tiba di London hari ini dari destinasi yang dirahsiakan dan sepatutnya diwawancara oleh SPRM pada Isnin depan bagi melancarkan siasatan ke atas peranan Nazim dan Deepak.
Bagaimanapun timbalan pesuruhjaya SPRM, Mohd Sukri Abdull, menukar keputusan itu dan mengumumkan semalam bahawa lawatan mereka telah dibatalkan. Sebaliknya, SPRM akan membekalkan salinan soalan kepada peguam Balasubramaniam untuk dijawap sebagai afidavit.
Americk sejak itu membidas SPRM berhubung pendiriannya yang sering berubah dan tidak serius menjalankan wawancara.