Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sultan mahu jambatan baru ganti Tambak Johor
Diterbitkan:  Jun 26, 2010 10:16 AM
Dikemaskini: 6:36 AM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail mahu kerajaan pusat mempertimbangkan semula projek jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang pembinaannya dibatalkan pada 2006.

malaysia and singapore and the crooked scenic half bridge causeway Sultan Ibrahim bertitah Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

"Jika disingkap sejak dahulu, tidak dinafikan bahawa Tambak Johor adalah amat penting kepada rakyat. Berdasarkan kepada kepentingan Tambak Johor kepada rakyat, maka keluarga saya sejak zaman moyang Almarhum Sultan Ibrahim sehingga ayahanda saya, almarhum Sultan Iskandar sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor," titah baginda.

Titah baginda, pada , projek jambatan itu penting untuk rakyat.

crooked scenic bridge 110406 custom office building 02 Menurut Sultan Johor dengan terbinanya jambatan berkenaan ia melengkapkan peranan Kompleks Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Bangunan Sultan Ismail dan JB Sentral.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor 2010, di Dewan Menunggu Penumpang, JB Sentral, di Johor Baharu  hari ini.

Hadir sama isteri baginda Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.

Pada 18 Jun tahun lalu, almarhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura.

Titah crooked scenic bridge 110406 samy vellu looking at model Sultan Johor itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail yang sekarang ini adalah Sultan Johor berikutan kemangkatan ayahandanya.

Pada 12 april 2006, kerajaan mengambil keputusan menghentikan pembinaan jambatan baru itu bagi menggantikan Tambak Johor setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

Sebelum itu Malaysia bercadang untuk meneruskan pembinaan jambatan itu di bahagian perairan Malaysia walaupun Singapura enggan berkerjasama.

Jambatan yang pada asalnya disebut sebagai 'Jambatan Bengkok'  itu diperlukan untuk menggantikan Tambak Johor yang sesak.

    


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS