Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liwat II: Rayuan Anwar ditolak lagi
Diterbitkan:  Jun 25, 2010 4:31 PM
Dikemaskini: 8:39 AM

Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan semua kenyataan termasuk kenyataan saksi pengadu Mohd Saiful Bukhari dalam kes tuduhan liwatnya.

Ketika membuat keputusan itu, panel hakim Datuk Sulong Matjeraie, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim berpendapat mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk melayan rayuan itu.

azlan Mahkamah berkata keputusan Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu bukan merupakan perintah akhir yang ada kesan bagi menentukan hak pihak perayu.

Kemudian panel hakim menolak rayuan ketua pembangkang itu dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei lalu yang menafikan akses memperoleh kenyataan Mohd Saiful yang direkodkan oleh polis.

Anwar mahu semua kenyataan tersebut kerana beliau mendakwa terdapat percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful semasa dalam perbicaraan kes tuduhan liwat terhadapnya sehingga boleh mendorong kebolehpercayaan pengadu dicabar.

azlan Anwar, 63, mendakwa saksi utama (Mohd Saiful) telah memberi keterangan bahawa dakwaan liwat itu berlaku tanpa kerelaannya tetapi Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu mengadakan hubungan seksual secara rela.

Sulong bersetuju dengan hujahan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bahawa mahkamah itu tidak mempunyai kuasa untuk melayan rayuan mengenai perkara interlokutori yang diputuskan semasa perbicaraan dengan meminda Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman kerana perintah itu dianggap tidak muktamad.

Menurutntya pindaan kepada seksyen itu adalah untuk mengelak kelewataan perbicaraan kerana pihak yang mengalami kerugian akan merujuk kepada mahkamah yang tinggi untuk rayuan.

NONE Bagaimanapun,  peguam Anwar, Karpal Singh mengemukakan bahawa perkara itu dibenarkan rayuan kerana ia adalah keputusan muktamad yang melucutkan hak anak

guamnya.

Karpal berkata jika kebolehpercayaan saksi utama (Mohd Saiful) dicabar dan keterangannya diragui maka kes pendakwaan akan runtuh dan Anwar berhak untuk dibebaskan.

    

Mohd Yusof, bagaimanapun, berkata tidak ada asas untuk membenarkan permohonan pembelaan untuk diberikan kenyataan Mohd Saiful kerana undang-undang memberi kuasa budi bicara yang luas kepada peguam negara mengenai institusi pendakwaan jenayah.

Katanya tidak ada percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful di mahkamah sambil menjelaskan elemen kerelaan atau tanpa kerelaan bukan intipati dalam kesalahan itu.

NONE Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Perbicaraan kes liwat itu disambung 14 Julai ini.

Di luar mahkamah, Karpal Singh berkata beliau akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin ini.

   

ADS