Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM masih siasat skandal pasir di Selangor
Diterbitkan:  Jun 24, 2010 2:44 PM
Dikemaskini: 6:51 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat dakwaan skandal perlombongan pasir di Selangor yang membabitkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

NONE Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pihak SPRM perlu menjalankan siasatan secara teliti, terperinci dan menyeluruh dalam sesuatu penyiasatan kes rasuah bagi mendapatkan bukti dan keterangan yang mencukupi.

"Kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

vk lingam hearing wee choo keong pc thirunama 180108 stern Wee ingin tahu apakah tindakan yang telah atau akan diambil oleh SPRM ke atas laporan ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam, berhubung skandal perlombongan pasir yang melibatkan syarikat berkenaan.

Mohamed Nazri berkata, SPRM sebelum ini telah mengambil tindakan terhadap sindiket mencuri pasir secara haram membabitkan beberapa negeri termasuk Selangor.

"Setakat ini seramai 42 orang telah pun ditangkap dan 22 pertuduhan telah dibuat di mahkamah," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS