Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

DAP Perak akan melancarkan kempen mengutip tandatangan dari rumah ke rumah di Malim Nawar "untuk menuntut peletakan jawatan segera" ADUN Keshvinder Singh, yang keluar parti itu minggu lalu untuk menjadi Bebas yang mesra BN.

Ini akan memberikan peluang kepada pengundi di Malim Nawar untuk menentukan masa depan politik ADUN mereka, tegas naib presiden DAP yang juga timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran (kiri).

"Kita akan kembali kepada para pengundi untuk mendapatkan keputusan mereka kerana mereka yang memilihnya atas tiket DAP dan merekalah yang harus memutuskan masa depan politiknya," katanya.

NONE Kulasegaran menegaskan bahawa Keshvinder (kanan), yang tidak dikenali s ebelum ini, memenangi kerusi tersebut bukan atas kekuatan personaliti politiknya, ketika bertanding kerusi tersebut pada Mac 2008.

Dengan demikian, katanya, Keshvinder harus meletak jawatan supaya pilihan raya kecil dapat diadakan bagi menguji populariti di kalangan pengundi.

Selepas keluar dari DAP, tambahnya, Keshvinder harus berani keluar berjumpa pengundi di kawasannya untuk melihat bagaimana reaksi mereka "pengkhianatannya" terhadap kepercayaan dan keyakinan mereka kepadanya.

Kulasegaran menegaskan di majlis anjuran parti itu di pasar basah Malim Nawar Sabtu lalu.

Beberapa pemimpin DAP negeri turut hadir untuk memperjelaskan mengenai "pengkhianatan" Keshvinder terhadap para pengundi.

ADUN Sungkai, A Sivanesan pula mencabar Keshvinder untuk menemuinya di bandar Malim Nawar pada jam 11 hari Sabtu atau hari Ahad untuk menjelaskan keputusannya kepada para pengundi, tetapi Keshvinder tidak tidak muncul.

[Baca berita penuh]

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS