Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liew: Kos jambatan kedua, jawapan PM tak benar
Diterbitkan:  Jun 18, 2010 1:15 PM
Dikemaskini: 11:56 AM

Ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Ching Tong mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan yang tidak benar berhubung soalannya mengenai kos pembinaan projek jambatan kedua Pulau Pinang.

sibu forum penang 260510 liew chin tong “Saya telah meminta perdana menteri menyatakan sebab jumlah kos pembinaan telah dinaikkan kepada RM4.5 bilion dan adakah jumlah ini termasuk kos membina “casting yard”.

“Perdana menteri menjawab bahawa kos pembinaan projek adalah tidak berubah dan kekal sebanyak RM4,500 juta, termasuk kos membina ‘casting yard’ oleh kedua-dua kontraktor iaitu CHEC  Construction (M) Sdn Bhd dan UEM Builders Berhad,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Liew, maklumat berkenaan tidak benar kerana kos yang disebutkan selama ini dalam media massa dan juga di kalangan kerajaan adalah RM4.3 bilion dan kos pembinaan ‘casting yard’ tidak patut dimasuk ke dalam kos keseluruhan.  

“Isu kos pembinaan amat penting memandangkan pengguna jalan raya Pulau Pinang pada masa akan datang terpaksa menanggung kos ini dengan (membayar) kadar tol yang tinggi.

“Con second penang bridge 091108 artist impression tohnya, menurut perdana menteri, kadar tol untuk kereta peribadi yang menggunakan Jambatan Pertama dan Kedua akan diselaraskan kepada RM9.40 dalam masa tiga tahun lagi berbanding kadar selarang iaitu RM7, selepas pembinaan Jambatan Kedua,” katanya.

Menurut Liew, beliau merujuk kepada satu laporan bertajuk “Proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review ” oleh firma perunding Zaidun-Leeng yang mencadangkan bahawa harga yang wajar atau ‘fair price’ untuk jambatan kedua adalah RM4.3 bilion.

“Laporan tersebut disediakan pada bulan Julai 2008 semasa harga minyak dan harga bahan bina sedunia memuncak ke tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini. Kos pembinaan sekarang seharusnya berkurangan,” katanya.

Liew berkata laporan firma perunding Zidun-Leeng juga menyoal kos UEM yang didakwa terlalu tinggi.

Kat penang second link bridge 030408 02 anya, kos UEM yang tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat.

“Contohnya, UEM mencadangkan untuk membiayai RM20 juta untuk majlis keraian. Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukan RM20 juta?” soal Liew.

Kata MP Bukit Bendera dari DAP itu lagi, UEM juga meminta ' HQ overhead and support ' sebanyak RM63.51 juta yang didakwanya agak terlampau.

“Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibupejabat yang begitu tinggi.”

Justeru, Liew berkata kerajaan pusat perlu mengkaji semula syarat-syarat yang tidak munasabah supaya  rakyat Pulau Pinang tidak dibebankan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS