Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jomo: Sasaran 30% ekuiti bumi tidak akan tercapai
Diterbitkan:  Jun 14, 2010 6:53 PM
Dikemaskini: Jun 15, 2010 2:01 AM

Sasaran 30 peratus ekuiti untuk bumiputera di bawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) tidak akan dapat dicapai kerana tiada insentif yang diberikan untuk mempertahankan pegangan mereka, kata ahli ekonomi terkemuka, Jomo KS.

NONE "Anda mempunyai situasi, di mana ukuran anda mengenai apa yang akan membawa kemajuan kepada orang Melayu, adalah satu ukuran yang akan gagal, kerana dasar tersebut," katanya dalam sidang media selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen  Pakatan Rakyat mengenai RMK10.

Jomo mendakwa mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah orang yang bertanggungjawab memulakan amalan di mana  saham bumiputera diberi kepada segelintir golongan elit sahaja.

Menurutnya, amalan tersebut telah mengakibatkan ekuiti bumiputera menjadi beku antara 18 hingga 22 peratus sejak pertengahan 1980-an.

bumiputera equity and money "Jika anda melihat angka-angka dari tahun 1970 dan seterusnya, dari 2.4 pada tahun 1970, ia meningkat ke sekitar 18 peratus pada

awal 1980-an dan kemudian kekal antara 18 hingga 22 peratus untuk 30 tahun akan datang.

"Mengapa itu berlaku? Kerana anda mengambil aset yang dipegang bagi pihak masyarakat bumiputera dan kemudian memberikannya kepada beberapa orang sahaja.

"Jadi apa yang mereka lakukan? Kerana mereka mahu buat duit, maka apa yang mereka lakukan ialah menjualnya. Jadi hasilnya adalah ianya tidak lagi dimiliki oleh bumiputera,"  jelasnya.

[Baca berita penuh]

 

 

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS