Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setelah dua tahun "bermain mata" dengan seterunya Umno, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya dengan tegas menyatakan bahawa parti Islam itu kini komited sepenuhnya dengan matlamat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya.

Dalam ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-56 di Kota Bharu  hari ini, beliau mengingatkan parti itu supaya mempertahankan  prinsip tahalluf siyasi (kerjasama politik) dan tidak lupa asas PAS sebagai sebuah parti Islam.

Dengan mengambil contoh beberapa pilihan raya kecil sejak  dua tahun lalu, terutama yang terbaru di Sibu, Sarawak, Hadi  berkata pengalaman daripadanya menunjukkan dasar PAS boleh seiringan dengan Pakatan, dan bahkan mampu untuk memperluaskan lagi sokongan.

Ini, katanya, menjadi asas ikatan antara parti-parti dalam Pakatan dengan PAS,  yang mengarah kepada perkembangan yang  telah mengubah lanskap politik negara.

Menyedari bahawa hambatan utama PAS adalah masalah untuk menembusi masyarakat Melayu, Hadi berkata keutamaan partinya adalah untuk menangani  perkara itu.

Orang Melayu, tegasnya  dibuai sehingga lalai bersama Umno yang menurutnya, senantiasa meniupkan laungan perkauman sempit.

Oleh itu, katanya, PAS wajib berusaha sedaya upaya supaya  orang Melayu yang majoritinya  Islam, dibebaskan daripada kepompong yang rosak itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS