Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sidang akhbar jelas isu lesen judi sukan dibatalkan

Satu sidang media khas yang dijadualkan hari ini bagi menjelaskan isu pemberian lesen judi sukan dibatalkan di saat terakhir.

Malaysiakini difahamkan, sidang media oleh menteri hal ehwal agama Datuk Jamil Khir Baharom itu dibatalkan atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

NONE Kira-kira 40 orang petugas media menuggu di ruang mesyuarat Masjid Sultan Zainal Abidin, Putrajaya selama satu jam sejam pagi ini untuk sidang media berkenaan.

"Perdana menteri sendiri akan buat penjelasan tersebut," menurut sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Najib akan membuat penjelasan tersebut hari ini.

Beliau hadir hari ini bagi menghadiri upacara perasmian masjid ini, yang akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang berharga RM200 juta itu mula dibina pada 2004 dan mampu menampung sehingga 20,000 jemaah.

Ia dibina menggunakan 6,000 tan besi atau 70 peratus besi, selebihnya 30 peratus konkrit.

Masjid itu juga dilengkapi dengan dewan solat utama, tiga unit kuarters dua tingkat, 10 unit kedai, dewan dan kemudahan Wifi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS