Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menuntut supaya siasatan dibuka semula ke atas pembunuhan bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

NONE Siasatan kes pembunuhan yang berlaku Jun 1974 itu sehingga kini masih belum selesai, berdasarkan satu jawapan yang diperolehinya daripada menteri di jabatan perdana menteri, kata Karpal yang juga pengerusi DAP.

Kes pembunuhan bekas ketua polis itu kembali mendapat perhatian selepas satu rencana tulisan anaknya Najib Abdul Rahman disiarkan akhbar The Sunday Times hujung minggu lalu.

Karpal seterusnya berkata, beliau pernah membela seorang tertuduh bernama Lim Woon Chong dalam kes pembunuhan tersebut, namun Lim dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh hakim Tan Sri Harun Hashim.

Lim yang merupakan pemimpin kanan Parti Komunis Malaya bagaimanapun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada 1980 atas dua lagi tuduhan membunuh dua orang polis di Perak.

"Sebelum dia dihukum mati, Lim memberitahu saya bahawa dia tidak ada kena mengena dengan kes pembunuhan Tan Sri Abdul Rahman.

"(J NONE adi) siapa yang membunuh Tan Sri Abdul Rahman dengan kejam? Saya telah banyak kali membangkitkan perkara ini di Parlimen.

"Pada mulanya tuduhan itu kesemuanya diletakkan di bahu Lim. Apabila saya tunjukkan apa yang berlaku di depan Hakim Harun Hashim, menteri di jabatan perdana menteri (Datuk Seri) Mohd Nazri Aziz kata siasatan masih berjalan.

Menurut Karparl lagi, keluarga Tan Sri Abdul Rahman perlu mendapatkan kebenaran di sebalik kematian tragis itu.

Tambahnya, kegagalan untuk menyelesaikan kes tersebut memberi akan memberi kesan negatif kepada pasukan polis.

"Jika pasukan polis tidak boleh menyelesaikan kes pembunuhan ketua mereka sendiri, sukar untuk dibayangkan apa yang dilakukan ke atas (kes) pembunuhan lain di tangan polis," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS