Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
72 peratus penghidap AIDS/HIV umat Islam
Diterbitkan:  Jun 9, 2010 1:10 PM
Dikemaskini: 5:17 AM

Lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah daripada kalangan umat Islam, kata Naib Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk Zaman Khan.

aids hiv care centre in malaysia 080207 bedridden Justeru katanya, sambutan Hari AIDS Sedunia pada tahun ini akan menekankan kepada usaha-usaha meningkatkan penglibatan umat Islam dalam semua aspek mengenai penyakit itu bagi meningkatkan kesedaran mereka.

Beliau berkata, lebih membimbangkan laporan sesi khas perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGASS) Deklarasi Komitmen mengenai AIDS menyatakan sembilan rakyat negara ini dijangkiti penyakit tersebut setiap hari.

Juga membimbangkan penularan pada kalangan wanita semakin meningkat iaitu daripada 9.5 peratus pada 2000 kepada 20 peratus pada tahun lepas, katanya ketika berucap pada majlis Hari Memperingati AIDS Sedunia 2010 peringkat kebangsaan, di Kuala Terengganu malam semalam.

NONE Beliau berkata, pada tahun 2000 punca utama jangkitan pada kalangan wanita adalah penagihan dadah, namun sejak kebelakangan ini jangkitan menerusi hubungan seks heteroseksual meningkat kepada hampir 30 peratus.

Perkara itu berlaku disebabkan kurangnya keprihatinan dan kerjasama daripada masyarakat untuk melindungi wanita daripada dijangkiti, katanya.

Mengulas mengenai jangkitan di Terengganu, beliau berkata sebanyak 315 kes baru dilaporkan pada tahun lepas.

Angka itu meletakkan Terengganu di tempat keempat tertinggi selepas Kelantan (596), Pahang (431) dan Selangor (378), beliau.

- Bernama

ADS