Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan tetap meneruskan usaha untuk mengadakan protes bagi membantah pemberian lesen judi sukan, walau kerajaan berkata lesen tersebut masih belum dikeluarkan kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd.

perlis anti gambling sports judi demo 280510 Pegawai media GMJ Fadhil Osman berkata tindakan itu diambil memandangkan kerajaan tidak mengumumkan untuk membatalkan pemberian lesen tersebut.

"Jadi kita akan teruskan dengan protes pada 3 Julai ini," kata Fadhil ketika diminta mengulas mengenai jawapan bertulis kerajaan di Parlimen berhubung pemberian lesen tersebut.

"(Kerajaan) cuma mahu dapatkan pandangan, dia tidak kata batal," tambahnya.

Manakala rancangan untuk jelajah seluruh negara berhubung itu tersebut juga akan diteruskan, kata Fadhil.

Kementerian kewangan dalam jawapan bertulisnya hari ini berkata kerajaan belum "memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma perlesenan" kepada syarikat yang dikuasai jutawan Tan Sri Vincent Tan itu.

kedah anti gambling sports judi demo 280510 Fadhil bagaimanapun berkata jawapan seperti itu tidak memadai, malah mendakwa aktiviti perjudian itu telahpun bermula.

"Cuma terma dan syarat-syarat itu yang belum didedahkan, padahal, perkara ini sudah berjalan.

"Kalau sudah batal, (kerajaan) akan umumkan bahawa mereka akan batalkan (pemberian lesen judi).

"Jika tidak, takkanlah (Tan Sri) Vincent Tan keluarkan kenyataan untuk pujuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya terima cadangan mereka," katanya


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS