Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lima ahli parlimen bebas hari ini mengumumkan pembentukan "Konsensus Bebas" dalam usaha untuk bertindak dengan lebih ”efektif, berkecuali dan tidak memihak mana-mana parti”.

Mereka yang menganggotai kumpulan itu ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru).

Menurut Z NONE ahrain, pada sidang media di lobi parlimen “Konsensus Bebas” bertujuan menjadi “kuasa ketiga” di Dewan Rakyat.

"Kita percaya pembentukan Konsensus Bebas adalah penyelesaian terbaik bagi kami sebagai ahli parlimen untuk mengemukakan isu-isu nasional dan berkepentingan umum secara bersama dan berkesan,” kata Zahrain.

"Konsensus Bebas akan sentiasa berpendirian bebas berasakan kepada inspirasi rakyat dan negara.

"Konsensus Bebas ini akan memberi fokus kepada pembentukan dasar yang meletakkan keutamaan rakyat," katanya.

Ditanya sama ada seorang lagi wakil rakyat Bebas iaitu ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan turut dijemput untuk menyertai Konsensus Bebas, Zahrain berkata, pihaknya masih belum lagi membincangkan perkara itu.

Zahrain berkata sebagai wakil rakyat Bebas, kumpulan mereka tidak akan menyebelahi sama ada pihak kerajaan atau pembangkang.

ADS