Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi dipelawa untuk menyertai meja bulat untuk membincangkan isu serangan Israel terhadap kapal yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza Isnin lalu.

NONE Meja bulat anjuran Pakatan itu akan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibunegara mulai jam 11 pagi esok.

Pelawaan tersebut dibuat oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Perbincangan tersebut akan disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Mereka akan bercakap atas tajuk “Keamanan dan Keadilan untuk Gaza”.

"Ia (supaya) dilihat kebersamaan menentang isu ini kerana ia melibatkan isu ummah bukannya isu kepartian," katanya.

T NONE urut hadir pada sidang media hari ini adalah  tiga ADUN PKR iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Amiruddin Shari (Batu Caves) ( kanan, berbaju kelabu ) dan Sim Tze Tzin ( kanan, berkemeja putih ) dari Pantai Jerjak.

Nik Nazmi pula berkata Najib mesti mempunyai dasar yang "lebih berani dan lantang" tentang isu yang berkaitan Asia Barat.

Beliau juga menempelak dasar luar negara Najib yang juga presiden Umno yang didakwanya "terikut-ikut dengan negara-negara barat khususnya Amerika".

Sebagai contoh, Nik Nazmi berkata isu nuklear di Iran yang mana Brazil dan Turki jelas mengambil pendirian menyokong Iran berbanding Malaysia.

Sim pula mendesak agar Najib sendiri yang hadir ke persidangan itu "untuk menunjukkan keikhlasan demi kemanusiaan" dan "bukannya menghantar wakil".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS