Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: MP Kapar tak dilarang hadir Selcat
Diterbitkan:  Jun 3, 2010 11:15 AM
Dikemaskini: 8:32 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan suruhanjaya itu menghalang Anggota Parlimen Kapar S Manikavasagam menghadiri inkuiri Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) berhubung kes kecurian pasir.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commission SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata pegawainya hanya menasihatkan Manikavasagam bahawa isi kandungan aduan yang dibuatnya kepada suruhanjaya itu tidak boleh didedahkan kepada mana-mana individu atau pihak lain kerana ia tertakluk kepada Seksyen 29 (4) Akta SPRM 2009.

Antara lain peraturan undang-undang itu menyatakan bahawa sesuatu aduan yang dibuat ke SPRM hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan sehingga orang tertuduh didakwa di mahkamah.

Suruhanjaya itu berkata sebarang aduan yang dibuat kepadanya tidak boleh didedahkan kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang dijalankan.

SPRM berkat NONE a demikian bagi mengulas berita laman portal Malaysiakini yang melaporkan bahawa Manikavasagam tidak akan dapat menghadiri inkuiri Selcat atas arahan SPRM.

SPRM berkata Manikavasagam menghubungi suruhanjaya itu untuk mendapatkan pandangan sama ada beliau boleh atau tidak mendedahkan kandungan aduan yang telah dibuat kepada SPRM berkaitan kes kecurian pasir yang melibatkan Kuala Semesta Sdn Bbhd (KSSB).

"Bagaimanapun, pegawai SPRM tidak ada menyatakan halangan untuk anggota parlimen Kapar tersebut hadir ke inkuiri Selcat pada tarikh yang telah ditetapkan," menurut SPRM.

    


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS