Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saksi utama kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu kes itu, yang selesai memberi keterangannya pada Isnin lalu, hari ini sekali lagi diarahkan tampil ke kandang saksi.

NONE Peguam Karpal Singh menyoal Saiful berhubung insiden di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan di mana dia bersumpah dengan al-Quran bahawa dia diliwat oleh bekas majikannya, Anwar, dua hari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, dua tahun lalu.

Karpal : Tahu tidak tarikh anda angkat sumpah di masjid adalah dua hari sebelum tarikh penamaan calon?

Saiful : Tidak pasti

Karpal : Anda tahu tidak tarikh penamaan calon itu pada bulan Ogos, 2008?

Saiful : Tidak pasti

Karpal : Dalam keterangan anda, anda kata itu kebetulan bukan?

Saiful: Ya, itu kebetulan.

Karpal : Saya katakan ia dirancang.

Pada ketika ini Hakim Mohamad Zabidin menyampuk: "Jika saksi berkata tidak, dan anda berkata ya, saksi berkata tidak sekali lagi, tetapi anda berkata ya juga, sampai bila pun tak habis".

Kata-kata hakim itu menyebabkan orang ramai dalam mahkamah ketawa.

Karpal kemudian bertanya kepada Saiful sama ada dia mengetahui bahawa Faez Khairi telah bernikah dengan adik perempuannya, Saidati Adha.

Saiful : Saya katakan saya tidak dapat pastikan sama ada mereka sudah berkahwin atau tidak.

Karpal : Awak tahu mereka berkahwin?

Saiful : Saya tahu mereka lari tetapi saya tidak ada bukti sama ada

mereka telah berkahwin.

Karpal : Saya katakan anda tahu Saidati telah berkahwin. Ya atau tidak?

Saiful : Saya cuma tahu dia lari sahaja.

Karpal : Jangan berbohong kepada mahkamah.

Saiful menjawab mereka melarikan diri. “Saya tak pasti,” katanya.

Apabila diasak oleh Karpal, sama ada dia mengenali Faez dan hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengarahkan Saiful untuk menjawab soalan berkenaan, Saiful berkata dia mengetahui bahawa Faez telah bernikah dengan adiknya.

Tambahnya "Ya, saya tahu mereka telah berkahwin, tetapi sama ada perkahwinan itu sah atau tidak saya tidak tahu."

Karpal meminta Saiful menjawab soalan yang ditanya sahaja.

"Saya hanya tanya sama ada anda tahu atau tidak mereka telah berkahwin. Saya bukannya tanya sama ada perkahwinan itu sah atau tidak," kata Karpal.

Peguam itu k NONE emudian bertanya sama ada dia sedar bahawa Faez diancam, - Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membuat bantahan.

Karpal kemudiannya berkata dakwaan liwat pada 26 Jun itu tidak berlaku tetapi Saiful tidak bersetuju. Katanya, kejadian berkenaan memang berlaku.

Menurut Karpal, semasa kejadian yang didakwa itu, Anwar berada di Unit 11-5-2.

Saiful

: Tidak, Anwar di 11-5-1.

Karpal : Kau menipu.

Saiful : Saya tak setuju. Anwar di 11-5-1.

Karpal kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan notis alibi dan Anwar tidak berada di unit berkenaan semasa dakwaan liwat itu berlaku.

Beliau sodomy trial anwar ibrahim desa damansara condominium signboard kemudiannya memohon perbicaraan diteruskan secara tertutup. Hakim membenarkan permohonanan itu dan meminta orang ramai meninggalkan galeri.

Sebelum itu, pagi tadi pihak pembelaan membuat lawatan ke kondominium Desa Dammansara di Kuala Lumpur, lokasi di mana Saiful mendakwa dia diliwat.

Mereka melawat Unit 11-5-2 pangsapuri itu yang terletak bersebelahan dengan Unit 11-5-1.

Karpal sebelum ini berhujah bahawa Anwar dan tetamunya bermesyuarat di Unit 11-5-2, bersebelahan unit yang Saiful dakwa dia diajak mengadakan hubungan seks selepas menghantar dokumen kepada bekas ketuanya itu.

Selasa lalu, peguamnya gagal melawat unit kondominium itu apabila pihak polis dikatakan membawa kunci yang salah.

desa damansara condominium 020708 Kedua-dua Unit 11-5-2 dan Unit 11-5-1 dimiliki oleh seseorang yang dikenali sebagai Hasanuddin, yang dikatakan adalah sahabat akrab Anwar. Unit 11-5-2 kini dihuni oleh Hasanuddin tetapi beliau sekarang menghabiskan masa dengan keluarganya di luar Kuala Lumpur.

Pasukan peguambela Anwar yang diketuai oleh Karpal meninggalkan kondominium Desa Damansara selepas meninjau kawasan itu kira-kira 20 minit.

“Kami berpuas hati dengan perkembangan ini,” kata Karpal kepada pemberita selepas lawatan itu.

Pakar foren NONE sik dari Australia, Dr David Wells yang tiba di Kuala Lumpur pagi tadi tidak datang bersama dalam lawatan itu.

Dia diterbangkan ke mari untuk meneliti pengakuan yang bakal dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS