Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pelantikan ahli parlimen Labis  Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani yang baru.

NONE Menurut Najib, pihaknya telah membuat saringan ke atas senarai mereka yang berpotensi dan mendapati Tee Yong memenuhi kriteria untuk mengisi jawatan berkenaan.

"Umur tidak penting. Kita tidak memilihnya hanya kerana ayahnya presiden MCA. Kita melantiknya berdasarkan keupayaannya,” kata Najib selepas bermesra dengan penduduk Sea Park, SS2, di Petaling Jaya.

Tee Yong, 33, dianggap budak mentah - dia bertanding dan menang di kerusi Labis pada pilihan raya umum 2008, yang sebelum ini disandang selama empat penggal oleh bapanya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpaksa mengundurkan diri kerana terbabit dengan skandal video seks.

Berikutan ke chua tee yong interview 110309 02 menangan Soi Lek sebagai presiden MCA pada Mac lalu, Tee Yong mendapat ‘limpahan rahmat’ dalam kerjaya politiknya - dia pada mulanya dilantik sebagai ahli jawatankuasa pusat MCA dan kemudiannya ke majlis presiden, sedangkan ahli-ahli parti yang lebih berpengalaman diketepikan.

Pelantikan Tee Yong sebagai timbalan menteri juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli MCA yang mendakwa nepotisme menjalar di parti Cina itu.

Awal hari ini, Soi Lek memberitahu wartawan bahawa hanya terdapat 15 ahli parlimen MCA untuk dipilih dan nama Tee Yong dan MP Gelang Patah, Tah Ah Eng juga diserahkan kepada Najib untuk Perdana Menteri membuat pilihan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS