Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan melawat lokasi ‘kejadian’ di sebuah unit kondominium Desa Damansara .

NONE Anwar dan peguam utamanya, Karpal Singh tiba di perkarangan kondominium itu pada jam 2.28 petang tanpa berhenti bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 50 minit  kemudian mereka meninggalkan lokasi berkenaan dan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Sebelum perbicaraan bermula, Anwar memberitahu wartawan bahawa pihaknya gagal melawat atau meninjau unit kondominium yang mereka kehendaki.

Sebaliknya, mereka dibawa ke sebuah unit lain yang telah mereka lawati pada awal Februari lalu.

azlan “Saya fikir permohonan kami jelas, kami ingin tinjau unit yang satu lagi,” katanya.

Pada jam 3.50 petang, Karpal dilihat memasuki kamar hakim dengan diikuti dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Karpal kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa saksi pembela yang terdiri daripada pakar Australia akan tiba pada jam 7 pagi, Khamis ini.

"Kami mahu pakar-pakar itu ke mari bagi meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Md Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga Khamis ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS