Kongres Ekonomi Bumiputera hari ini yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan "tegas dan jelas" menolak Model Ekonomi Baru (MEB) 'secara prinsip' sehingga cadangan kongres ini diterima pakai oleh kerajaan.
"MEB gagal meletakkan agenda bumiputera kerana ia adalah asas perlembagaan dan rumusan Model Ekonomi Baru ini adalah satu penghinaan kerana menolak semangat DEB," kata pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali yang juga presiden PERKASA.
Sehubungan itu, kongres tersebut meluluskan 31 resolusi antara lain menggesa kerajaan menjadikan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai sumber induk kepada pengggubalan MEB.
Resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan menyampaikan ucapan penutup kongres tersebut di di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, jam 9 malam ini.
Kongres itu juga meluluskan dua usul tergempar mendesak lembaga pengarah termasuk pengerusi Sime Darby dan pegawai kanan syarikat kaitan kerajaan itu, meletak jawatan serentak ekoran kerugian besar yang dialaminya.
Satu resolusi tergempar turut diyang diluluskan adalah mendesak kerajaan menarik balik keputusan meluluskan lesen ramalan bola kerana ianya memberi kesan buruk kepada masalah sosial.
Kesemua resolusi tersebut diluluskan sebulat suara kira-kira 300 peserta yang hadir dalam kongres sehari itu di Dewan Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS ditanya mengenai gesaan kongres itu supaya pengagihan kekayaan negara 67 peratus kepada Bumiputera, manakala 33 peratus untuk bukan bumiputera.
Dalam jawapannya, Ibrahim berkata ia "hanya melibatkan pembahagian domestik sahaja".
Dalam sidang media yang sama, Ibrahim turut menegaskan kongres turut bersetuju agar kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan
Kongres itu juga meluluskan dua usul tergempar mendesak lembaga pengarah termasuk pengerusi Sime Darby dan pegawai kanan syarikat kaitan kerajaan itu, meletak jawatan serentak ekoran kerugian besar yang dialaminya.
Kesemua resolusi tersebut diluluskan sebulat suara kira-kira 300 peserta yang hadir dalam kongres sehari itu di Dewan Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Dalam resolusi dalam bidang ekonomi, kongres turut mendesak kerajaan memastikan keadilan sosial di negeri ini terlaksana dengan mengagihkan kekayaan negera mengikut komposisi penduduk berdasarkan kaum di negera ini iaitu 67 peratus kekayaan negara wajib diagihkan kepada bumiputera, manakal bakinya 33 peratus untuk bukan bumiputera.
Selain itu, resolusi itu juga turut menggesa kerajaan mendapatkan akujanji daripada pihak swasta untuk menghapuskan diskriminasi terhadap bumiputera, menyusun semula gunatenaga dan kekayaan dan 'mewujudkan permainan yang rata'.
Manakala Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu dipertingkatkan dengan meletakkannya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pengerusinya dinaik taraf menjadi menteri yang mempunyai NKRA membangunkan usahawan bumiputera.
Dalam bidang pendidikan pula, kongres itu bersetuju supaya Institut Kajian Stretegik Tun Razak ditubuhkan bagi mengumpul segala data berhubung dengan pembangunan ekonomi orang Melayu dan membekalkan data-data tersebut kepada NGO Melayu.
Selain itu, kongres juga mendesak agar kerajaan mengembalikan sistem kuota sebagai dasar kemasukan ke semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mana memperuntukan 67 peratus untuk bumiputera dan 33 peratus kepada bukan bumiputera.
Dalam resolusi itu juga, kongres turut mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan Petronas tidak meminggirkan bumiputera di dalam pengurusan Petronas dan juga di dalam pemberian kontrak perkhidmatan dan pengeluaran minyak dan gas.
"Kongres bimbang perubahan model pengurusan baru Petronas yang tidak mesra bumiputera ini akan secara tidak langsung merubah seluruh lanskap sosio-ekonomi negara dan memberi kesan kepada bumiputera," resolusi itu dipetik.
Resolusi tersebut dipetik menyebut, difahamkan semenjak Datuk Shamsul Abbas mengambil alih dari Tan Sri Hassan Merican, beliau telah memperkenalkan Model Baru Pengurusan antara lain komposisi ahli lembaga Pengarah (BOD) mengandungi dua wakil kerajaan dan kesemua naib presiden eksekutif dan warga asing boleh dilantik menjadi BOD.
Ibrahim Ali berkata, kongres juga bersetuju mendesak Shamsul meletakkan jawatan kerana didakwanya terdapat "perlantikan jawatan terpenting menggangu gugat kepentingan bumiputera".