Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak timbul isu kedudukan MB S'gor, kata Wan Azizah
Diterbitkan:  May 29, 2010 4:55 PM
Dikemaskini: May 30, 2010 12:29 PM

Isu melibatkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak timbul, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Katanya parti itu tidak bercadang untuk menilai semula kedudukan Khalid, yang kini dikatakan tidak dapat bertentang mata dengan timbalan presiden Mohd Azmin Ali.

Dalam ucapan dasarnya di kongres parti itu hari ini, Wan Azizah juga memuji kebolehan Khalid dalam menerajui Selangor.

Wan Azizah berkata, Khalid mempertahankan prinsip ketelusan dan akauntabiliti dengan mengenepikan amalan rasuah dan pembaziran.

Dalam ucapan itu, beliau turut memuji tindakan Selangor memperkenalkan jawatankuasa kebertanggungjawaban Selcat.

Sementara itu, pengerusi DAP Lim Kit Siang juga berkata isu melibatkan kedudukan Khalid juga tidak timbul.

Namun, beliau menggesa supaya Pakatan Rakyat supaya segera menjalankan "semakan separuh penggal" bagi menilai prestasi kerajaan di negeri dikuasai Pakatan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS