Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Judi bola: JAIS, mufti S'gor dibidas kerana membisu

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

NONE Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya nak desak JAIS dan pengarahnya untuk mebuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

"Dalam isu-isu yang jelas pihak umno dan BN bersalah, jelas kelihatan beliau mendiamkan diri," katanya.

jais jabatan agama islam selangor 271106 Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.

"Sedangkan sebelum itu bising dengan soal menggunakan masjid untuk kepentingan politik.

"Kononnya kuliah dan tazkirah ringkas yang disampaikan (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) melanggar peraturan yang ditetapkan oleh JAIS, yang disokong dan diperkenan oleh Sultan.

"Maka digunakan (sebagai modal untuk) lagakan PAS, Pakatan Rakyat dengan Sultan, tapi bila saya dedahkan tentang isu sepanduk itu, JAIS diam," katanya.

Khalid juga berkata JAIS juga mungkin terlibat bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam mengadakan demonstrasi bagi menyatakan bantahan berkenaan.

NONE "Kalau tak silap saya JAIS dan MAIS terlibat dalam menganjurkan program demonstrasi tentang isu kalimah Allah, sedangkan isu itu pada hukumnya adalah harus.

"Dalam isu judi bola sepak ini, hukumnya jelas (haram). Tapi mengapa JAIS mendiamkan diri.

"Kenapa tidak dianjurkan bantahan, naikkan sepanduk di semua masjid dan surau membantah tindakan kerajaan BN.

"Ini hanya boleh dijelaskan melalui sokongan politik (Khusrin). Dalam banyak keadaan, beliau bertindak sebagai ejen Umno," katanya lagi.

Be NONE liau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.

"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa?

"(Jadi) NONE saya menyeru kepada kerajaan negeri supaya semak semula pelantikan beliau," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga mendesak mufti negeri itu supaya segera mengeluarkan fatwa berhubung pemberian lesen judi tersebut.

Katanya, beliau bimbang masyarakat akan menjadi semakin ghairah untuk berjudi sekiranya tiada fatwa dikeluarkan.

"Orang yang tak pernah berjudi pun mungkin akan berjudi juga akibat keghairahan promosi (perlawanan bola sepak) Piala Dunia," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS