Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Ahli bukan Islam usah terburu buat tuntutan
Diterbitkan:  May 26, 2010 1:10 PM
Dikemaskini: 5:25 AM

Penyokong bukan Islam PAS diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu.

NONE Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun ( kiri ) berkata, walaupun pada prinsipnya ahli PAS bersetuju dengan kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.

Menurutnya, ia kerana perkara tersebut akan diperincikan Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan.

"Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ia diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya di Rantau Panjang  hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong PAS bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti.

Abdul Fatah juga menasihatkan ahli baru parti supaya memahami budaya Pas yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS