Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KDN: Kabar Era Pakatan tiada permit penerbitan
Diterbitkan:  May 24, 2010 6:47 PM
Dikemaskini: 11:38 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyita dan menahan penerbitan akhbar tabloid politik KABAR Era Pakatan yang diterbitkan tanpa permit penerbitan.

NONE Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad berkata tindakan itu berikutan aduan awam dan laporan polis yang dibuat berikutan penerbitan tersebut.

"Perkara ini menyalahi peruntukan Seksyen 5, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga semalam sebanyak 6,108 naskah telah dirampas daripada 915 premis di seluruh negara yang diperiksa.

Beliau juga berkata jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS