Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tiga pengarah Star Publications (Malaysia) Bhd tidak menawarkan diri untuk terus kekal dalam lembaga pengarah semasa mesyuarat agung tahunan syarikat itu, pagi ini.

Mereka adalah pengarah eksekutif Ng Beng Lye dan dua pengarah bukan eksekutif Sak Cheng Lum dan Tan Foong Luen.

Tindakan itu dipercayai sebagai membuka laluan bagi lantikan politik oleh presiden baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bagi memperkuatkan cengkamannya terhadap syarikat media itu.

Semasa AGM di Petaling Jaya pagi ini, tiga resolusi berhubung perlantikan semula ketiga-tiga mereka yang sepatutnya diundi tetapi digugurkan tanpa sebarang sebab.

AGM itu hanya berlangsung selama sejam dan lembaga pengarahnya bergegas ke mesyuarat lain tanpa berjumpa dengan wartawan yang membuat liputan.

Mereka dijangka akan membincangkan penyusunan semula lembaga pengarah dan dijangka akan mengeluarkan kenyataan media lewat hari ini.

A NONE pabila ditanya oleh wartawan, Ng mengesahkan bahawa beliau bersama Sak dan Tan, tidak menawarkan diri untuk dilantik semula.

Ditanya lanjut, Ng berkata: “(Kami letak jawatan) tanpa sebarang sebab”.

Ng dan timbalan pengerusi Star Publications, Datuk Clement Hii dilihat sebagai lantikan politik oleh bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Sebelum ini, desas desus bahawa mereka akan disingkirkan telah bertiup kencang.

Khabar angin juga mengatakan bahawa Ketua Pengarang, The Edge, Ho Kay Tat akan menggantikan tempat Hii ataupun Ng sementara Kuah Han Liang, bekas pegawai Deutsche Bank dikatakan akan menyertai kumpulan itu sebagai pengerusi bukan eksekutif.

Tokoh korporat lain yang disebut-sebut akan menyertai lembagai pengarah syarikat itu ialah bekas pengarah urusan Arab-Malaysian Securities Lee Siang Chin, dan pengasas Foetus International Datuk Vincent Lee.

Lee baru-baru ini dilantik sebagai anggota lembaga Huaren Holdings, sayap pelaburan MCA.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS