Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguh perbicaraan kes liwat beliau sementara menunggu keputusan rayuan untuk mendapatkan kenyataan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan.

Berikutan keputusan hari ini, perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu akan pada 31 Mei ini.

Hakim Datuk Sulong Matjeraie, yang mengetuai panel tiga hakim berkata keputusan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi adalah sah.

"Adalah tidak betul bagi menangguhkan perbicaraan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Jika rayuan itu dibenarkan, hakim perbicaraan boleh memanggil semula saksi (Saiful) pada bila-bila masa perbicaraan sebelum keputusan dibuat. Dia masih boleh disoal-balas.

“Malangnya, kita tidak boleh memenuhi permintaan penangguhan itu dan permohonan dengan ini ditolak,” katanya.

Sebelum itu, pagi tadi, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Md Apandi Ali melucutkan dirinya sendiri daripada mendengar rayuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan permohonan daripada peguam Karpal Singh.

azlan Mahkamah rayuan sebelum ini dianggotai oleh tiga panel membabitkan hakim - Sulong, Datuk Ramly Ali dan Md Apandi.

Karpal membantah kehadiran Md Apandi sebagai seorang daripada anggota panel itu kerana beliau adalah bekas ahli Umno dan terbabit dalam beberapa kes petisyen pilihan raya.

Md Apandi juga adalah bekas bendahari dan juga penasihat undang-undang  Umno Kelantan.

Menurut Karpal, permohonan berkenaan dibuat bagi mengelakkan persepsi bahawa keputusan akan berat sebelah terhadap ketua pembangkang itu.

Permohonan itu dikemukakan kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff di kamarnya.

Selepas berehat, hakim Sulong memberitahu mahkamah bahawa Md Apandi secara suka-rela mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Panel berkenaan adalah bagi mendengar permohonan Anwar supaya pihak pembelaan dibekalkan dengan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes liwat berkenaan.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Karpal Singh berkata beliau akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah supaya menetapkan pendengaran rayuan itu sebelum 31 Mei.

Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Mei sebagai tarikh bagi menyambung semula perbicaraan kes itu.

Anwar mahu pihak pendakwaaan memberikan kepada beliau kenyataan saksi Mohd Saiful kerana mendakwa terdapat perkara yang tidak konsisten antara keterangan Mohd Saiful dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadapnya.

Pihak pembelaan berhujah bahawa Mohd Saiful berkata perbuatan liwat yang didakwa berlaku itu dibuat tanpa kerelaannya tetapi Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan berkaitan hubungan seks secara rela.

An azlan war mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Rayuan supaya menangguhkan perbicaraan kes itu selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk berbuat

demikian pada 13 Mei.

   

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Dalam hujahnya hari ini, Karpal Singh berkata perbicaraan itu akan menjadi sia-sia sekiranya Anwar berjaya dalam rayuannya dan permohonan bagi menangguhkan perbicaraan ini tidak diluluskan.

Hujah beliau bahawa keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan kenyataan tersebut boleh dirayu telah dibantah oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pihak pendakwaan dalam

perbicaraan kes liwat itu.

Mohd Yusof berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat ketika berlangsungnya satu perbicaraan dan tidak boleh dirayu kerana ia adalah perintah muktamad.

[Baca berita penuh]

ADS