Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang  memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

teoh beng hock inquest 070809 azmil muntapha abbas.jpg Menurut koroner, Azmil Muntapha Abas ( kiri, bertali leher ) kenyataan yang dibuat oleh Nazri itu adalah “pandangan peribadinya”.

"Kenyataan Datuk Seri Nazri adalah pendapatnya dan terpulang kepada mahkamah sama ada mahu menerima atau menolak pendapat pakar Dr Pornthip," kata Azmil, yang bagaimanapun bersetuju bahawa kenyataan menteri itu adalah sesuatu yang tidak boleh "diterima".

Beliau turut berpendapat, tiada bukti menunjukkan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk campur tangan dalam prosiding inkues menyiasat punca kematian Beng Hock.

Be azlan liau berkata semua orang berhak mengemukakan pendapat masing-masing, malah peguam Karpal Singh yang mewakili abang Teoh iaitu Meng Kee, juga telah mengeluarkan beberapa kenyataan terhadap Nazri ketika berhujah pada pendengaran permohonan itu.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah tidak akan memanjangkan isu itu.

Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.

Ia berhubung penjelasan Pornthip mengenai keenggannya untuk ke Kuala Lumpur menyambung memberi keterangan kerana bimbangkan keselamatannya.

Pada 11 April lalu, Pornthip memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

M NONE enurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Berikutan itu, peguam Karpal Singh memfailkan permohonan itu bagi pihak abang Teoh, Meng Kee – bagi memenjarakan Nazri kerana kenyataannya yang mendakwa pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai "penipu".

Usul itu difailkan melalui firma guaman Karpal Singh & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret Shah Alam dan dibuat mengikut Perkara 26 Akta Mahkamah-mahkamah Rendah 1948.

[Baca berita penuh]

ADS