Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Awang kesal Pakatan guna 'Ngap Sayot'
Diterbitkan:  May 20, 2010 4:30 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Pencetus slogan "Ngap Sayot" untuk pasukan bola sepak Sarawak satu ketika dahulu, merasa kesal apabila pembangkang dikatakan mahu menggunakan slogan tersebut semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak nanti.

NONE Bekas jurulatih Sarawak itu, Awang Mahyan Awang Mohamad, 60, berkata slogan Ngap Sayot yang diciptanya sekitar akhir 80-an tidak boleh digunakan untuk slogan politik.    

"Saya terkejut dan secara jujur saya katakan saya tidak suka (untuk dijadikan slogan politik) kerana ia hanyalah untuk sukan," katanya.

Beliau mengulas laporan dua hari lalu yang menyebut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, semasa berada di Sibu berkata Pakatan Rakyat akan menggunakan slogan Ngap Sayot untuk kempen pilihan raya mereka dalam pilihan raya dewan undangan negeri Sarawak nanti.

Lim berkata, slogan itu sesuai dengan pembangkang dari segi makna dan cara rakyat Sarawak menjalani kehidupan mereka.

sibu by election result dap leaders celebrating Ngap Sayot mengambarkan daya juang dan permainan cantik pasukan Sarawak yang dikemudikan Awang Mahyan pada tahun 1988 hingga 1990 di dalam Liga Malaysia, ketika skuad bola sepak Sarawak berada di era kegemilangnnya.

Beliau mengilhamkan slogan tersebut ketika bermain snuker dengan pemain bola sepak Sarawak, yang dalam bahasa Melayu bermakna "mudah untuk dikalahkan".

Awang Mahyan yang kini menceburi sukan boling padang berkata lebih baik slogan tersebut digunakan secara positif seperti untuk memotivasikan pelajar agar cemerlang dalam sukan dan bukannya untuk tujuan politik.

"Frasa Ngap Sayot turut digunakan di sekolah menengah tertentu ketika itu untuk memotivasi pelajar agar cemerlang dalam aktiviti kokurikulum," katanya.

Beliau berkata, parti politik yang bercadang menggunakan slogan itu perlu melupakan hasrat tersebut.

- Bernama

ADS