Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cuti sehari pembantu rumah tetap dilaksana
Diterbitkan:  May 20, 2010 1:50 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Keputusan kerajaan supaya diberi cuti sehari kepada pembantu rumah dari Indonesia akan tetap dilaksanakan kerana sudah dipersetujui oleh kedua-dua negara.

NONE Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, majikan dan pembantu rumah masing-masing perlu berbincang bagi mencari penyelesaian terbaik sama ada untuk memberi cuti itu atau membayar elaun kerja lebih masa sebagai ganti.

"Kalau kedua-dua pihak setuju, (agar pembantu rumah) tidak ambil cuti satu hari seminggu itu, ia boleh diganti dengan sedikit bayaran. Kalau rasa bimbang, boleh runding. Kalau kedua-dua pihak setuju tak payahlah dia (pembantu rumah) keluar cuti sehari dalam seminggu," katanya kepada pemberita.

Naji domestic maids 070606 cooking b berkata demikian semasa ditanya mengenai kebimbangan akan wujud masalah sosial apabila pembantu rumah warga Indonesia diberikan cuti sehari dalam seminggu seperti yang dipersetujui baru-baru ini.

Terdahulu Najib menyempurnakan majlis pecah tanah projek bangunan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Chan Sow Lin di Kuala Lumpur hari ini.

    

"Tapi kena tolak ansur dalam hal ini, kalau tidak macam mana nak dapat bekalan pembantu rumah," kata Najib.

Dua hari lalu Malaysia dan Indonesia menandatangani satu Surat Hasrat berkaitan bidang tenaga kerja yang antara lain mengkehendaki majikan Malaysia memberi perlepasan atau cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu asing yang bekerja dengan mereka.

domestic maids 070606 child care Bagaimanapun sekiranya terdapat persetujuan antara majikan Malaysia dan pekerja itu yang tidak ingin mengambil kelepasan tersebut, pembantu rumah itu akan dibayar dengan setimpal mengikut kadar upahnya.

Najib juga berkata keperluan menggaji pembantu rumah di Malaysia adalah sesuatu yang semakin tidak dapat dielak oleh banyak keluarga, terutama di mana suami dan isteri masing-masing bekerja.

Menurut Perdana Menteri dalam keadaan pasangan suami isteri bekerja, mereka perlu sekurang-kurangnya seorang pembantu rumah.

- Bernama

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS