Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Syabas rakyat Sibu!
Diterbitkan:  May 17, 2010 11:54 AM
Dikemaskini: 5:40 AM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini merakamkan penghargaannya kepada rakyat Sibu kerana memilih calon DAP, Wong Ho Leng sebagai ahli parlimen Sibu yang baru.

anwar in sibu by election dap forum “Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-BN.

“Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat. Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya,” katanya.

Pad azlan a pilihan raya semalam, Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Sibu apabila calonnya, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong dengan majoriti 398 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Wong yang juga ADUN Bukit Assek mendapat 18,845 undi, Robert memperoleh 18,447 manakala calon Bebas, Narawi Haron mendapat 232 undi dan terdapat 395 undi rosak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sibu, Wong See Meng pada pukul 10.45 malam di Dewan Suarah, di Sibu sebaik sahaja kesemua 111 peti undi selesai dikira, termasuk undi pos yang terakhir dikira.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan penyandang kerusi Sibu selama lima penggal menewaskan calon DAP yang sama, Wong dengan majoriti 3,235 undi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS