Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP Kapar terima ancaman bunuh
Diterbitkan:  May 16, 2010 10:48 AM
Dikemaskini: 9:43 AM

Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa menerima ancaman bunuh terhadapnya.

manikavasagam Menurutnya, kertas bertulis "Jangan campur isu pasir. You mati" yang diikat pada beg plastik mengandungi cat merah yang disimbah pada keretanya dan kereta isterinya, lapor Star Online .

Laporan itu memetik Manikavasagam sebagai berkata,  tiga beg berisi cat merah itu dibaling dari luar ke arah dua kereta yang terletak di dalam kawasan rumahnya.

Kertas yang mengandungi nota ancaman bunuh itu diikat pada salah sebuah beg plastik berkenaan.

Menurutnya lagi, beliau ternampak kereta yang disimbah cat tersebut pada kira-kira jam 7 pagi selepas bangun pagi.

Laporan itu menyebut, Manikavasagam percaya kejadian itu berlaku selepas ibunya mertuanya masuk tidur kira-kira jam 4 pagi.

NONE Sementara itu Bernama melaporkan Manikavasagam berkata bahawa ini  merupakan kejadian pertama sepanjang 10 tahun beliau terlibat di dalamdunia politik dan "saya percaya ia ada kaitan dengan isu pasir yang saya dedahkan".

Menurutnya, kejadian ini tidak akan melemahkan semangat beliau untuk mendedahkan isu penyelewangan pasir yang didakwa melibatkan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran dan perniagaan pasir di Selangor.

   

Sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa Manikavasagam telah membuat laporan polis di Balai Polis Meru selepas menerima ancaman bunuh terhadap beliau dan keluarganya Jumaat lepas.

   

Manikavasagam membuat laporan polis mengenai kegiatan rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Rabu lalu selepas beliau diminta oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbuat demikian.

   

NONE Pada pagi hari yang sama beliau bertemu Abdul Khalid untuk mengemukakan aduan rasmi dan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan dakwaan itu.

Berikutan laporan yang dibuat kepada Abdul Khalid, kerajaan Selangor telah merujuk dakwaan rasuah itu untuk disiasat oleh Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban & Ketelusan Selangor (SELCAT).

   

Sementara itu, pemangku Ketua Siasatan Jenayah Selangor ACP Omar Mammah ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati lebih daripada seorang disyaki menyimbah cat di kediaman dan kereta milik Manikavasagam pada awal pagi tadi.

   

Beliau juga mengesahkan terdapat nota berbau ugutan yang ditemui bersama salah satu daripada tiga bungkusan plastik yang diisikan cat oleh mereka yang melakukan perkara itu.

   

Omar berkata kejadian ini disiasat di bawah Seksyen 427 dan 507 Kanun  Keseksaan.

ADS