Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.

Pengerusi may 13 books 121007 Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta  supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu," katanya ketika dihubungi.

Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk "memotivasikan" masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.

Me NONE ngikut perancangan awalnya, kira-kira 10,000 akan berhimpun di stadium tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu esok.

Berita Harian Online memetik pengarah Jabatan Integriti Terengganu, Arpin Draman, berkata program bersama bekas perdana menteri itu terpaksa ditangguhkan berikutan bantahan beberapa pihak yang tidak mahu ia diadakan pada 13 Mei.

"Kita sepatutnya mengadakan raptai jam 3 petang ini tetapi terpaksa membatalkan semuanya," katanya.

Dr M lapang pada 13 Mei 

Sebenarnya, inisiatif Jabatan Integriti mengadakan program ini dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) timbul selepas melihat ramai golongan muda Melayu terbabit dengan kes jenayah dan salah laku sosial serta moral.

NONE “Program bertujuan membangkitkan kesedaran di kalangan generasi muda Melayu mengenai peranan mereka dalam menentukan hala tuju negara pada masa depan ditangguhkan selepas kita menerima nasihat Perdana Menteri yang disampaikan wakil Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kira-kira jam 2 petang,” katanya pada sidang media petang ini.

Sebelum ini, MCA dan PAS membantah pemilihan tarikh 13 Mei iaitu ulang tahun peristiwa berdarah sebagai hari perhimpunan Program Melayu Bangkit dan menyifatkan tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perpaduan antara kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, Arpin berkata, tarikh 13 Mei yang dipilih pihaknya tidak langsung berkaitan dengan peristiwa berdarah seperti didakwa beberapa pihak, sebaliknya ia diputuskan selepas Dr Mahathir tidak mempunyai kelapangan pada tarikh awal yang dijadualkan iaitu 11 Mei.

"Tarikh 13 Mei tidak ada makna apa-apa bagi penganjuran program ini. Tarikh asal dicadangkan ialah 11 Mei, tetapi Dr Mahathir tidak lapang pada hari itu, begitu juga dengan Menteri Besar menyebabkan kita ubah kepada 13 Mei.

Bagaimanapun, saya harap isu ini tidak diperbesarkan kerana pihak yang membuat provokasi tidak tahu pengisian sebenar program ini," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS