Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan, walaupun dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini sokongan Melayu kembali kepada Umno, tetapi jika tidak berjaga-jaga, parti itu boleh bertukar menjadi pembangkang.

Presiden Umno menegaskan Umno dan BN sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran.

azlan Dalam ucapannya, Najib memberi contoh kekalahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dalam pilihan raya umum negara itu yang mana parti tersebut sekarang ini telah menjadi pembangkang.

Katanya, kekalahan parti itu menjadi satu kisah yang relevan untuk menjadi "iktibar dan sempadan" kepada Umno dan parti komponen BN.

"Sebagai sebuah parti politik yang memerintah negara selama 45 tahun dan memenangi 12 kali pilihan raya umum pasca kemerdekaan, parti ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengambil iktibar daripada apa yang beraku kepada parti-parti lain, yang seusianya dengan Umno tetapi hari ini menjadi pembangkang," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena menyambut ulangtahun Umno ke-64 di ibu negara.

NONE Najib berkata Umno telah menjemput wakil daripada parti tersebut bagi menceritakan mengenai faktor kekalahan parti itu dalam pilihan raya baru baru ini.

Katanya, wakil tersebut menjelaskan terdapat tiga faktor kekalahan parti itu. Yang pertama, menurutnya, kerana corak politik dalaman parti itu yang terdapat terlalu banyak kelompok.

"Politik kelompok diutamakan daripada berkhidmat untuk rakyat," katanya dihadapan lebih 1,000 hadirin termasuk pemimpin parti komponen BN.

Tiada iltizam politik

Tambah Najib, faktor kedua adalah kerana dalam parti itu lebih mementingkan 'special interest group' daripada kepentingan rakyat jelata.

NONE "Kelompok yang ada kepentingan lebih diutamakan tetapi tuntutan rakyat tidak diberi keutamaan,.

Manakala faktor ketiga, tegas Najib, disebabkan LDP memulakan proses reformasi tetapi tidak mempunyai iltizam politik untuk terus meneruskannya.

"(Mereka) kembali kepada zon selesa dan mempertahankan status quo. Rakyat lihat (parti itu) jauh di hati rakyat, tidak merasa denyut nadi dan bukan (menjadi) parti yang segar dan dinamik.

"Kalau tidak bersetuju semuanya, (tetapi) sedikit sebanyak ia relevan kepada Umno dan parti komponen yang lain," katanya

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli Umno supaya kembali bersemangat jitu dan gigih kepada perjuangan parti untuk mengangkat matlamat perjuangan parti menjadi lebih kukuh dan mantap.

NONE Dalam ucapan selama kira-kira 15 minit itu juga, Najib mengingatkan agar ahli tidak terperangkap dengan kepentingan golongan tertentu sebaliknya mementingkan rakyat kerana mereka merupakan kunci kejayaan sebuah parti.

"Jadi pemimpin yang dekat dihati rakyat. Buatlah apa sahaja program, tetapi bukan buat dekat dengan pilihan raya. Tunjuk bahawa sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat," katanya.

Ulangtahun disambut lebih optimis

Dalam ucapannya itu juga, beliau turut menyifatkan sambutan ulang tahun parti itu lebih meriah berbanding tahun lalu.

Ini kerana, kata Najib, mood dalam Umno bertambah lebih yakin dengan masa depan parti tersebut dan tahap sokongan orang Melayu lebih menyerlah pada hari ini.

"Oleh itu saya amat bersyukur dengan usaha yang dilakukan dan segala yang telah dilaksanakan telah membuahkan hasil yang banyak meyakinkan.

"Oleh se NONE bab itu, sambutan ulangtahun Umno ini disambut dengan perasaan lebih optimis tentang masa depan kita," katanya.

Sebelum itu, Najib bersama-sama dengan kepimpinan Umno berhimpun untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah dan membacakan surah Yasin, tahlil dan membaca doa selamat kepada pejuang-pejuang parti.

Majlis tersebut telah dipimpin oleh Mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

Manakala sebelum menunaikan solat Maghrib, Najib telah melepaskan 15 peserta ekspedisi 'Kembara ke Bumi Suci 2010' di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mereka terdiri daripada 11 peserta yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dan sebuah pacuan empat roda yang terdiri daripada 4 peserta yang diketuai oleh Mohamed Assir Mohamed Ariff.

Ekspedisi itu akan merentasi 11 negara antaranya, Thailand, Laos, China, Kyrgystan, Uzbekistan, Iran, Turki sehingga ke Arab Saudi yang memakan masa selama 52 hari.

ADS