Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas CEO MIED didakwa tipu RM4 juta
Diterbitkan:  May 11, 2010 1:15 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Bekas Ketua Pengarah Institut Pembangunan Pendidikan Maju,  (MIED) hari ini dituduh atas tiga pertuduhan menipu pengarahnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

mic and mied education scandal P Chitrakala Vasu, 39 didakwa memperdayakan pengarah MIED  untuk mendatangani tiga cek bernilai RM4 juta sebagai bayaran balik kepada peguam tiga tahun lalu.

Chitirakala, didakwa dengan curangnya telah menipu Tan Sri M.Mahalingam, 74, pengarah syarikat dan juga sebagai penandatangan cek kepada MIED Sdn Bhd dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa bayaran sebanyak RM1 juta

kepada syarikat Silver Line Services Sdn Bhd sebagai bayaran balik kepada pinjaman kepada Tan Sri Abdul Rashid Manaf, 64.

Perb chitrakala_mied uatan Chitirakala itu telah mendorong Mahalingam untuk menandatangani sekeping cek Bumiputera Commerce, yang mana bekas bendahari agung MIC tidak akan melakukannya jika tidak diperdayakan sedemikian.

Dia yang berasal dari Shah Alam, didakwa melakukan kesalahan itu di MIED, Menara Manickavasagam, pada 9 Jan 2007.

Ibu kepada dua orang anak itu juga turut didakwa terhadap dua pertuduhan sama, masing-masing melibatkan RM1 juta dan RM2 juta, di tempat yang sama, pada 30 Januari dan 3 Mei 2007 kepada orang yang sama.

chitrakala_samyvellu_mied_mic MIED merupakan cabang pendidikan parti MIC.

Bagi kesemua kesalahan itu, Chitirakala didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda.

Dia mengaku tidak bersalah dan hakim, Azizah Mahamud membenarkan beliau diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Hakim juga menetapkan 14 Jun sebagai tarikh sebutan kes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS