Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kuarters kilang papan milik bapa calon BN terbakar
Diterbitkan:  May 8, 2010 4:02 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

Sebuah kuarters yang didiami 10 pekerja, iaitu kilang papan milik bapa calon Barisan Nasional (BN), bagi pilihan raya kecil Parlimen Sibu, Robert Lau Hui Yew, musnah dalam satu kebakaran, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail yang mengesahkan kebakaran itu, berkata api dikesan kira-kira jam 8.20 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau menola sibu nomination day 080510 wong ho leng and robert lau 02 k sebarang unsur khianat dalam insiden itu atau ada hubung kait dengan pilihan raya kecil berkenaan.

"Ia hanya kebetulan," katanya.

Lau, 45, terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan calon DAP, Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron pada pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Sementara itu, Shafie melahirkan perasaan puas hati dengan perjalanan proses penamaan calon hari ini yang pada pemerhatiannya berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

- Bernama

ADS