Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu gerak saraf RM4 juta: Husam enggan jawab
Diterbitkan:  May 5, 2010 7:05 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata beliau tidak akan menjawab dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, mengenai kewujudan lima nama sebagai dalang untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bagi mengekalkan pemerintahan Pas di Kelantan.

pas muktamar 55 husam musa 050609 "Setakat ini saya tidak perlu menjawab, kerana dia (Syed Azidi) tidak menyebut nama saya secara jelas di antara lima orang yang disebut-sebut sebagai dalang dalam gerakan itu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Syed Azidi dalam blognya bahawa beliau mempunyai keterangan yang jelas mengenai lima pemimpin kerajaan negeri yang terlibat dalam gerakan saraf menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Abdullah bagi memastikan Pas berkuasa di Kelantan.

Husam berkata, dakwaan penulis blog berkenaan juga tidak menyebut apakah bentuk gerakan memburukkan bekas Perdana Menteri itu sama ada kedudukan peribadi atau sebagainya.

"Apa yang disebut-sebut dan menuding ke arahnya sebagai andaian media semata-mata," katanya.

- Bernama

ADS