Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakar forensik Amidon Anan - yang pernah terlibat dalam kes berprofil tinggi seperti pembunuhan Canny Ong dan Altantuya Shaariibuu - menawarkan khidmatnya bagi membantu keluarga pelajar 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis, Isnin lalu.

NONE Menurut bapa saudara dan jurucakap keluarga mangsa, Kamarudin Hasan, bekas polis berpangkat superitenden itu adalah satu-satunya pakar yang menawarkan khidmatnya di samping barisan peguam dari NGO dan parti politik.

Bercakap kepada pemberita selepas 20 minit berbincang dengan Amidon ( kiri ) di rumah keluarga Aminulrasyid, Kamarudin berkata pihaknya sedang menimbang tawaran pakar forensik itu.

"Kami sudah sampai ke tahap persefahaman dengan Amidon, tetapi kami mempunyai keluarga yang besar dan kami mahu mendapatkan nasihat daripada mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

Amidon yang juga bekas ketua jabatan forensik unit Penyiasatan Jenayah Tempat Kejadian turut dilaporkan pernah terlibat dalam penyiasatan insiden bangunan Highlands Towers yang runtuh pada 1993.

NONE Kamaruddin menambah sekiranya keluarga Aminulrasyid menerima tawaran Amidon, ia akan membolehkan mereka membuat perbandingan laporan kejadian itu dengan versi polis.

"Kami mahu pandangan kedua," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS