Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM lawat Sibu Sabtu, Ahad
Diterbitkan:  Apr 29, 2010 2:52 PM
Dikemaskini: 7:08 AM

Walaupun kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu hanya boleh dimulakan selepas hari penamaan calon pada 8 Mei ini, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada melakukan kunjungan dua hari ke Sibu mulai Sabtu ini.

NONE Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, kata Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee, kepada pemberita di Sibu hari ini.

Najib akan memulakan lawatannya dengan bertemu penduduk pekan Sungai Merah, penempatan pertama di Sibu bagi kaum Foochow yang datang dari China pada 1901.

Acara lain Perdana Menteri termasuk menghadiri jamuan tengah hari dengan anggota tentera di kem Jalan Ulu Oya serta melawat tapak bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah St Mary, yang merupakan satu daripada projek pendidikan yang diusahakan oleh mendiang Datuk Robert Lau, anggota parlimen Sibu yang meninggal dunia pada 9 April lalu.

azlan Sim berkata dua lagi sesi bertemu rakyat juga diatur untuk Perdana Menteri, iaitu di Kampung Nangka dan di Dataran Sibu.

Pilihan raya kecil Sibu akan diadakan pada Ahad, 16 Mei ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew pada 9 April lalu.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Pada pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

   


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS