Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Campurtangan ntv7: DAP usul Dewan Negara bahas
Diterbitkan:  Apr 26, 2010 4:23 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Timbalan presiden DAP dan senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ( bawah, kiri ), hari ini mengemukakan notis kepada Yang Di-Pertua Dewan Negara  bagi membahaskan campurtangan politik dalam urusan ntv7 yang didakwa menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat.

tunku abdul aziz tunku ibrahim Pada 20 April, lalu, penerbit kanan ntv7, Joshua Wong, yang bertanggungjawab terhadap  rancangan 'Editor's Time' meletakkan jawatan kerana mendakwa wujudnya  tekanan politik dari pihak kerajaan dan isteri Perdana Menteri ke atas stesen televisyen swasta berkenaan.

“Campur tangan politik dari pihak kerajaan - termasuk isteri Perdana Menteri yang bukan seorang ahli Eksekutif, pasti menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat.

“Ia tidak membantu kita mencapai tahap negara maju, sebaliknya merupakan taktik yang digunakan oleh diktator negara mundur untuk terus membelenggu rakyatnya.,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, atas alasan itu, Tunku Aziz berkata Parlimen perlu mengkaji dakwaannya secara serius.

ntv7 mandarin siasat 070409 joshua wong Wong ( kanan, tanpa kaca mata ) pada sidang medianya, 22 April lalu berkata selain campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan, beliau juga dikenakan 'sekatan yang tidak munasabah' ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini.

Sekatan tersebut termasuk:

•    Tiada perbincangan mengenai isu-isu politik

•    Tidak dibenarkan menjemput pemimpin pembangkang sebagai tetamu, termasuk ahli parlimen PJ Utara, Tony Pua yang sepatutnya membincangkan topic berhubung Model Ekonomi Baru.

•    Tidak membincangkan topik berkaitan pilihan raya kecil Hulu Selangor.

“Sekatan-sekatan tersebut ialah satu bentuk ugutan kepada kebebasan penerbit dalam siaran televisyen.  Ia juga bercanggah dengan prinsip laporan media yang bebas dan independen. Ia juga satu bentuk hukuman kepada profesionalisme kumpulan penerbit.

“Usul ini juga dibawa dalam memastikan profesionalisme dan budaya kreatif media dan serta hak rakyat bersuara tidak terus terjejas,” kata Tunku Aziz lagi.

ADS