Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN  meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Katanya, sasaran itu dibuat berdasarkan kepada  pencapaian BN di peringkat DUN dalam pilihan raya umum yang lalu.

NONE Dalam pilihan raya umum lalu, BN menguasai ketiga-tiga DUN - Hulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali tetapi tewas di peringkat parlimen dengan majoriti tipis 198 undi.

Ditanya mengapa meletakkan saran tersebut, Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata, beliau tidak perlu terang, sebaliknya menegas supaya memastikan pekerja parti perlu kerja dengan lebih keras.

Muhyiddin menambah, beliau optimis bahawa BN akan dapat mencapai kejayaan kali ini, berdasarkan dua minggu turun di Hulu Selangor.

"Sentimen kebanyakan pengundi pro-BN, saya harap diterjemahkan menjadi satu undi (kepada kita)," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat polis Daerah Kuala Kubu Bharu.

azlan Ditanya berhubung tinjauan pelbagai badan yang meramalkan kemenangan tipis dalam pilihan raya ini, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata:

"Kita tidak perlu membuat spekulasi, proses pengundi masih berjalan," katanya.

Sementara itu, mengulas kewujudan pondok panas oleh kedua-dua pihak, walaupun dilarang oleh SPR, Muhydin berkata beliau berharap selepas ini SPR dapat mencadangkan garis panduan yang lebih jelas dan spesifik berhubung perkara itu.

Ini kerana katanya jarak antara pusat mengundi dan kawasan penyokong berhimpun sukar untuk ditentukan.

"Saya, kalau tidak ada halangan, saya hendak duduk depan pintu sekolah," katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa tiada masalah berlaku, walaupun pihak pembangkang dilihat "lebih agresif".

NONE Ditanya mengenai dakwaan yang menyatakan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim tidak dapat menghampiri kawasan pengundian, kerana dihalang oleh penyokong BN, Muhyiddin berkata:

"Dia tak berani turun, dia takut kena boo sebab ada banyak penyokong BN. Tapi kalau saya, saya salam dengan semua penyokong PKR dan PAS," katanya.

Muhyiddin  yang juga mengetuai jentera pilihan raya BN di Hulu Selangor, menyifatkannya sebagai satu semangat muhibbah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS