Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aduan polis Orang Asli 'dihalang' mengundi
Diterbitkan:  Apr 25, 2010 5:00 AM
Dikemaskini: Apr 26, 2010 2:12 AM

Anggota exco Selangor Elizabeth Wong membuat laporan polis awal pagi ini di pejabat  polis Kuala Kubu Bahru kerana mendakwa terdapat percubaan untuk menghalang pengundi dari dua perkampungan Orang Asli daripada keluar mengundi dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

hulu selangor elizabeth wong police report orang asli village  barricade

Dalam laporannya, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan mendakwa beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dari kalangan Orang Asli yang mendakwa terdapat 'samseng' yang mengawal jalan masuk ke perkampungan mereka.

Seorang individu yang cuba mengambil gambar telah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di sekatan di pintu tersebut.

Elizabeth berkata, beliau telah mengenal pasti dua perkampungan terbabit sebagai Kampung Orang Asli Kirling dan Kampung Orang Asli Pertak.

Elizabeth percaya ia bertujuan untuk menghalang Orang Asli daripada keluar mengundi hari ini.

Difahamkan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan sebahagian besar masyarakat Orang Asli mencenderung menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mengundi PKR hari ini.

Elizabeth berkata, beliau mahu polis bertindak segera membuang halangan di dua perkampungan Orang Asli terbabit.

Maklumat terkini

Elizabeth memberitahu Malaysiakini kemudiannya bahawa halangan tersebut telah dibuang sekitar ja 3 pagi. Katanya, pihak polis telah bertindak selepas beliau membuat aduan.

Menurut beliau lagi, polis juga telah menahan "samseng" terbabit.

Tinjauan Malaysiakini di pusat mengundi di Rasa dan SMK Dato' Kamaruddin mendapati pengundi Orang Asli keluar mengundi.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Keputusan dijangka diumumkan pada jam 9.30 malam.

[Baca berita penuh]

 

 

 

 

ADS