Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

azmin ali in penanti ceramah “Malam esok (24 April) debat Datuk Seri Anwar dan Najib, permit polis sudah dapat. Kalau tidak berani bagi Rosmah (Mansor ganti),” cabar Azmin dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Sungai Buaya malam semalam.

Katanya, Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

Semalam, dilaporkan beberapa kain rentang dipasang mendakwa Najib akan menyertai debat perdana dengan Anwar di Kuala Kubu Baru pada jam 9 malam ini.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.

NONE Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk “berkomunikasi” dengan Najib.

“Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS