Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan.
Anwar mengaitkan dasar gagasan 1Malaysia dengan Apco Worldwide, sebuah syarikat perhubungan awam dan strategi yang didakwanya mempunyai kaitan dengan Israel.
3.50pm: Menurut MP Subang Sivarasa Rasiah, jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu dianggotai oleh:
1. Pandikar Amin Mulia (Speaker)
2. Ronald Kiandee (Umno-Beluran)
3. Fong Chan Onn (MCA-Alor Gajah)
4. Razali Ibrahim (Umno-Muar)
5. Nancy Shukri (PBB-Batang Sadong)
6. Sivarasa Rasiah (PKR-Subang)
7. Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor)
3:00pm: Usul mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan diluluskan selepas lima minit ucapan Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas).
Nazri mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan sesi penggulungan usul itu selepas anggota pembangkang seringkali mengganggu beliau untuk mendesak supaya usul itu ditarik balik.
Ini menyebabkan persidangan dewan sekali lagi kecoh sebelum kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan.
2.45pm: Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas) menjelaskan tiada kecacatan dalam usul itu kerana ia bertujuan mengheret Anwar ke jawatankuasa itu yang akan menentukan kemungkinan hukuman ke atasnya.
2.40pm:
MP Pakatan terus mempersoalkan kesahihan usul ke atas Anwar. Kiandee menjawab bahwa beliau tidak akan mempertimbangkan perkara itu lagi.
2.30pm:
Sidang disambung dengan timbalan speaker, Ronald Kiandee pula mengambil-alih. Beliau memberi amaran supaya menghentikan dakwaan bahawa usul itu "cacat".
12.50pm:
Anwar mengakui mempunyai pertalian rapat dengan Amerika tetapi berkata pendiriannya jelas, khususnya dalam menentang dasar negara itu ke atas Afghanistan, Palestin dan isu-isu lain.
Katanya, kerajaan Najib sebaliknya melutut kepada Barat apabila mengarahkan Petronas menghentikan bekalan ke Iran yang merupakan musuh Amerika.
Kenyataan itu menyebabkan MP BN membantah dan menyaksikan kekecohan seketika.
Anwar menarik balik kenytaan itu atas arahan Speaker dan keadaan kembali tenteram.
1
2.36pm:
Pendebat terakhir Pakatan,
Anwar Ibrahim
(PKR-Permatang Pauh) mendakwa usul ke atasnya itu "
cacat
" kerana ia bermotifkan politik.
"Hukum saya. Pecat saya. Penjarakan saya. Saya tidak akan mengalah," katanya.
12.25pm: Sebaliknya menurut Khairy yang cuba menimbulkan kemarahan Pakatan menyamakan slogan "Israel untuk semua" dengan slogan "PAS untuk semual".
Sambil memegang sebuah fail, Khairy mendakwa dia mempunyai bukti bahawa Anwar mempunyai perhubungan terus dengan Paul Wolfowitz, seorang penyokong kuat Zionist.
12.16pm: Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau) memulakan debatnya dengan mendakwa Anwar menimbulkan kontroversi berhubung Apco Worldwide kerana beliau kuathir kerajaan pusat yang diterajui BN kini mendapat sokongan 68 peratus rakyat.
Katanya, kegusaran Anwar itu diburukkan lagi dengan masalah yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, termasuk beberapa pemimpinnya yang berpaling tadah sehingga menyebabkan ketua umum PKR itu kehilangan majoritinya di kalangan pembangkang including a string of defections from PKR which has caused him to los.
“Walaupun Pakatan tidur sebantal tetapi mimpinya lain-lain," sindir Khairy.
12.00pm: Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menggunakan peluang giliran beliau berucap dengan membenarkan rakan-rakannya yang lain untuk berucap. Antara mereka adalah Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Yusmadi Yusoff (PKR-Balik Pulau).
11.56am: Pendebat ketiga Pakatan, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) memulakan ucapannya dengan “Salam anti-Apco”.
Semua 'soalan tambahan' yang dikemukakan mempertikaikan kesahihan usul itu kerana mendakwa ia tidak tepat kerana tidak mengatakan bahawa Apco Worldwide diupah oleh Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya.
MP Pakatan berkata mengikut Peraturan 36 (12), untuk mengheret seseorang MP, ia mesti dibuktikan bahawa beliau menyedari maklumat yang dibekalkan di dewan adalah silap.
Mereka juga mempertikaikan mengapa BN hanya membenarkan MP Umno untuk berdebat dan inginkan jawapan sama ada Umno membolot semuanya.
11.44am:
Abdul Rahman
kemudiannya menarik balik kenyataannya atas arahan
Wan Junaidi
.
Beliau mempertahankan konsep 1Malaysia dan berkata beliau hairan mengapa pembangkang menolak konsep yang baik itu.
11.43am:
Wan Junaidi
mencelah dan
Abdul Rahman
mengulangi dakwaanya bahawa One Israel “hampir menyerupai Pakatan Rakyat”.
MP pembangkang terus menuntut beliau “tarik balik".
11.37am:
Timbalan Speaker
Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman
mengambil-alih kerusi speaker.
Abdul Rahman
berkata tidak seperti 1Malaysia,
Kenyataan itu sekali lagi menimbulkan kekecohan dengan MP PAS membuat bantahan kerana dikaitkan dengan Israel.
11:36am: Abdul Rahman senyum sinis dan berkata setelah mendengar ucapan pembangkang tadi, beliau berpendapat semua mereka sepatutnya dirujuk ke jawatankuasa itu.
Merujuk ucapan Azmin , menurutnya, “Gombak berkata usul ini untuk menutup mulut Permatang Pauh. Bila masa Permatang Pauh boleh berdiam? Adakah sesiapa yang berjaya membuat beliau senyap?”
Katanya, arahan polis dan juga hukuman penjara gagal menutup mulut Anwar Ibrahim .
11.33am: Abdul Rahman juga menolak dakwaan Kit Siang berhubung “majoriti bodoh”. Katanya, BN sentiasa memberi peluang kepada Anwar untuk menjelaskan dakwaannya bagaimanapun ketua pembangkang itu menggunakan kesempatan itu untuk menimbulkan perkara lain.
"Ini bukan isu politik, ini mengenai individu yang memperdayakan dewan dan dengan degil enggan menjelaskan perkara yang sebenar. Justeru, beliau perlu dibawa ke jawatankuasa itu,” katanya.
11.30am:
Pendebat kedua BN Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud) bangun untuk berucap. Beberapa MP pembangkang menyindirnya sambil menjerit “putar belit”.11.26am: Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) menyalahkan sikap
"lebih kurang" kerajaan BN. Beliau menggunakan Mandarin yang memetik ahli falsafah terkenal Cina, Hu Shi's berhubung artikel 'Mr Lebih Kurang' untuk memperkukuhkan hujahnya itu.
Lim mengakhiri ucapannya dengan berkata,"Lebih banyak anda mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat dan pembangkang, semakin cepat anda akan kiamat."
11.28am: "Mengapa begitu buruk untuk mengatakan 1Malaysia diciplak dari One Israel? Saya sendiri mengatakan 1Malaysia diciplak dari Malaysian Malaysia. Adakah saya akan dirujuk ke jawatankuasa itu?” soal Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur).
Beliau juga mempersoalkan pembabitan kabinet dalam isu berkenaan bagi mengheret Anwar Ibrahim .
“Mengapa kabinet mesti membuat keputusan itu? Campurtangan kabinet adalah pencabulan jelas berhubung pemisahan kuasa,” kata pemimpin veteran DAP itu.
Lim berkata majoriti parlimen BN itu sebagai "majoriti hodoh, majoriti bodoh". Dengan menuduh majoriti itu sebagai bodoh dan bukan menuduh orang perseorangan, Lim terlepas dan dibenarkan meneruskan ucapannya oleh Pandikar.
Namun apabila Lim menyebut perkataan ‘majoriti bodoh’, Nazri Abdul Aziz (Umno-Padang Rengas) senyum sambil mencatitkan sesuatu pada notanya.
Lim juga membidas sikap hiprokit MP BN. “Mereka menyerang peribadi calon PKR di Hulu Selangor, tetapi berapa ramai di Dewan ini yang tidak muinum?”
Speaker Pandikar menyampuk, "Saya pun minum, YB, tapi air sahaja."
11.13am:
Giliran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) untuk berucap. Katanya, ini adalah hari yang paling sedih di Parlimen.Difahamkan bahawa asalnya, Kit Siang adalah sdeorang daripada empat pendebat Pakatan. Tetapi slot berkenaan diberikan kepada Anthony Loke (DAP-Rasah) selepas ada yang mendakwa bahawa Kit Siang adalah ahli jawatankuasa hak dan kebebasan.
Namun apabila diperiksa bahawa Kit Siang bukan lagi menganggotai jawatankuasa itu, namanya disenaraikan semula.
11.10am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) menuduh Anwar mencemarkan kesucian Dewan dan menggangu keselamatan negara dengan tindakannya itu.
Setiap kali Nur Jazlan menyebut 'Apco', ahli parlimen pembangkang akan membalas 'Umno'. dan setiap kali MP berhujah bahawa dakwaan pembangkang adalah tidak benar, ia diikuti dengan jeritan 'buktikan'.
11.06am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) berkata Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) menggunakan "publisiti negatif" di mata antarabangsa untuk memburukkan kerajaan.
Beliau mempertahankan keputusan kerajaan menggajikan Apco untuk memperbaiki 'kerosakan' yang dilakukan oleh Anwar. Beliau juga menuduh Anwar menggunakan NGO, pakar Internet dan media antarabangsa bagi memburuk-burukkan imej Malaysia.
10.55am: Nur Jazlan (Umno-Pulai) - pendebat pertama mewakili BN. Dewan kecoh apabila Tian Chua (PKR-Batu) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) bangun untuk membantah sesuatu yang dibacakan oleh Pulai.
Speaker Pandikar mengarahkan mereka yang tidak berdebat usul itu supaya duduk dan mendiamkan diri atau tidak, menghadapi perintah keluar dewan.
10.48am: Azmin Ali (PKR-Gombak) meneruskan ucapannya dan berkata "Saya minta wakil BN bercakap dengan ikhlas. Negara kita diserang oleh pihak Zionist atas jemputan anda.
"Di mana Pekan (Perdana Menteri Najib Razak )? Di mana Pagoh (timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin )? Kenapa mereka tak berani nak hadapi tuduhan ini?"
Azmin menggulung hujahnya dengan berkata Perkara 36(12) adalah supaya menteri-menteri membekalkan maklumat yang sebenarnya di dewan. Jika peraturan itu diambil secara literal, ramai menteri-menteri akan akan diheret ke jawatankuasa hak dan kebebasan.
1 0.39am: Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah MP Pakatan pertama berucap. Beliau terus menyerang BN sambil mendapat tepukan gemuruh MP Pakatan. Katanya, usul itu tidak adil dan mempertikaikan mengapa dokumen yang dibekalkan oleh Anwar dalam penjelasannya kepada Parlimen sebelum ini tidak disiasat.
Azmin menuduh kerajaan Malaysia sebagai budak suruhan Apco - firma perunding perhubungan awam yang berpangkalan di Washington yang diupah oleh kerajaan Malaysia dan juga Israel.
Katanya, Anwar dihukum oleh usul tergesa-gesa yang dibuat mengikut telunjuk tuan mereka Apco-Israel.
Azmin melahirkan kebimbangannya mengenai keselamatan negara dan katanya Umno cuba menutup pembabitan sebenar Apco berhubung apa yang dikemukakan oleh Anwar.
10.37am: Pandikar memperuntukkan 15 minit kepada setiap pendebat.
"Jika kita benarkan Padang Serai (PKR MP N Gobalakrishnan), lima hari pun tak cukup," katanya berseloroh.
MPpembangkang terus menimbulkan isu teknikal berhubung usul tetapi Pandikar bertegas mengatakan ia teratur.
Sementara itu,
Lim Kit Siang
(DAP-Ipoh Timur) akan menggantikan
Anthony Loke
(DAP-Rasah) sebagai seorang daripada pendebat Pakatan.
Beberapa MP yang lain cuba bercakap. Pandikar mengarahkan semua supaya duduk dan dengar arahannya.
Pandikar kemudiannya membacakan Peraturan 43. Katanya, adalah keputusannya bahawa usul yang dibentangkan itu adalah teratur dan keputusannya itu adalah muktamad. Sesiapa yang mempertikaikannya akan diperintah keluar dewan.
10.23am: Berlaku sedikit kekecohan apabila MP daripada kedua-dua pihak cuba berucap. Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangkit beberapa kali untuk meminta point of order .
Speaker Pandikar memberi amaran kepada Gobind supaya jangan melenggah-lenggahkan sidang dan mengingatkannya bahawa "Saya berkuasa mengeluarkan anda dari dewan".
10.18am: Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) bangkit dan berkata usul yang dibentangkan oleh BN itu menghina Dewan Rakyat.
Ini kerana, kata beliau usul mengheret Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu adalah memohon jawatankuasa itu untuk menentukan bentuk hukuman dan bukannya untuk menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak.
Kamaruddin juga mendakwa ia mencabuli hak jawatankuasa berkenaan.
10.16am: Kit Siang hampir bertikam lidah dengan dengan Pandikar Amin berhubung perkara yang ditimbulkan oleh rakan-rakannya. Tetapi selepas penjelasan oleh Pandikar, Kit Siang mengalah.
10.11am: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bahawa beliau dan timbalannya akan menentukan sama ada perkataan dalam usul itu adalah tepat. Hujahnya, jika ia dalam peraturan mesyuarat, maka ia adalah tepat.
10.09am: Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) bangkit dan meminta penjelasan. Beliau bertanya sam ada kata-kata usul itu adalah tepat.
10.08am:
Whip BN Datuk Seri Nazri Aziz memulakan usul itu dengan membacakan:“Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib 1Malaysia”.
Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.
Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan.
10.06am: Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas) berkata sessi Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguhkan selagi usul ke atas Anwar Ibrahim ((PKR-Permatang Pauh) dan beberapa rang undang-undang lagi belum diluluskan.
10am: Empat pendebat daripada Barisan Nasional:
1. Nur Jazlan (Umno-Pulai)
2. Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud)
3. Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau)
4. Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas)
Pakatan rakyat pula diwakili oleh:
1. Azmin Ali (PKR- Gombak)
2. Anthony loke (DAP-Rasah)
3. Marfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
4. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.
Usul itu akan dibentangkannya dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
9.46am: Usul mengheret Anwar Ibrahim adalah agenda pertama dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dewan Rakyat, mahupun galeri awamnya dipenuhi oleh ahli-ahli parlimen yang menjangkakan perdebatan hangat.
[Berita penuh menyusul]