Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dalam mana-mana pilihan raya, menabur janji adalah sesuatu yang lumrah dilakukan oleh semua ahli politik.

azlan Tidak terkecuali ialah pertandingan merebut kerusi parlimen Hulu Selangor pada Ahad, 25 April ini.

Pelbagai janji ditabur dan bantuan dihulurkan oleh pihak-pihak yang bertanding.

BN dengan jentera daripada agensi kerajaan mengegarkan Hulu Selangor dengan beberapa projek termasuk pembinaan beberapa ekolah baru dan projek tebatan banjir.

Pakatan Rakyat yang menguasai kerajaan negeri pula menawarkan tanah kepada sebuah sekolah Tamil dan juga hak pemilikan tanah untuk 10,000 penduduk.

Sejak sebelum hari penamaan calon pada Sabtu lalu, jalan-jalan sekitar Kuala Kubu Baru dan juga di  Batang Kali sibuk diturap.

Jamuan dan pelbagai juadah juga disajikan kepada pengundi yang datang mendengar ceramah.

Pemimpin termasuk menteri-menteri juga sibuk melawat Hulu Selangor bagi meninjau masalah penduduk dalam usaha meraih undi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS