Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berjanji bahawa pemimpin cawangan MIC di Hulu Selangor tidak akan memboikot atau mensabotaj pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ekoran Datuk G Panivel tidak dipilih bertanding semula di situ.

NONE Beliau memberi jaminan semua 72 cawangan MIC di Hulu Selangor akan menyokong calon BN, P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil parlimen pada 25 April ini.

Sebelum ini, dilaporkan sebilangan pemimpin MIC Hulu Selangor mengancam untuk membubarkan cawangan mereka jika timbalan presiden MIC itu tidak dipilih sebagai calon BN.

Mengulas lanjut, Samy Vellu berkata, beliau tidak bimbang kerana menyifatkannya sebagai satu salahfaham kecil dan mereka yang terbabit telah datang menemui beliau.

"Saya telah jelaskan kepada mereka perkara ini diambil alih oleh perdana menteri apabila beliau balik (dari luar negara) selepas pilihan raya kecil (ini)," katanya.

Sam NONE y Vellu berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perjumpaan dengan Palanivel dan hasil pertemuan itu akan diumumkan oleh perdana menteri.

Mengenai sokongan Umno kepada Kamalanathan, presiden MIC itu menyifatkannya sebagai 'kelas A"

Ditanya apakah dimaksudkannya, Samy Vellu berkata: "100 peratus kepada MIC".

"Saya tahu mereka telah buat persiapan dan sekarang ini di berapa tempat ada kegiatan, terutama untuk penamaan calon esok.

"Mereka boleh  bekerjasama untuk mencapai kejayaan dalam pilihan raya kecil ini," tambahnya.

Mengenai Palanivel, Samy Vellu ditanya sama ada timbalan presiden MIC itu akan membantu kempen MIC.

"Dia berjanji akan bersama kita. Pada masa ini (5.30 petang tadi), beliau ada di Ladang 15 sedang berkempen.

"Dia berjanji untuk bersama kita. Dia ada stailnya sendiri. Ini kerana sudah 20 tahun beliau berada di sini.

"Dia tahu di mana ada penyokong, di mana  perlu kerja lebih masa, di mana ada penyokong kuat.

"Palanivel tahu untuk mengatur perjalanan (kempen) beliau," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS