Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan berkempen pada pilihan raya Hulu Selangor meskipun namanya ditimbulkan beberapa kali menjelang penamaan calon, esok.

perkasa first agm 270310 mahathir speech Mahathir berkata beliau tidak mempunyai kepentingan bagi membabitkan dirinya dalam pilihan raya itu yang bakal melihat pertandingan Datuk Zaid Ibrahim yang sering-kali dikritiknya berdepan dengan P Kamalanathan yang mewakili Barisan Nasional.

"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,” katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama ulang tahun ke-44 konvensyen Mara di Kuala Lumpur.

Kali terakhir Mahathir terbabit dalam kempen ialah pada April 2009 ketika pilihan raya serentak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Beliau berucap di ceramah di kedua-dua kawasan itu. BN tewas di kedua-dua kerusi berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS