Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Apabila Azmin Ali ditanya mengenai halaman Twitter Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mendakwa pemilihan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di Hulu Selangor menyebabkan beliau dan beberapa pemimpin lain PKR tidak selesa, - reaksi awal naib presiden PKR itu adalah “Mereka tak ada kerja lain?”

azmin ali parliament pc 240609 “Ini tidak benar. Saya telah beberapa kali ke Hulu Selangor, termasuk ketika pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Rakyat bersama (Menteri Besar) Tan Sri Khalid Ibrahim,” kata  Azmin, yang juga adalah pengarah pusat operasi PKR di Hulu Selangor.

"Malah sebelum itu juga, saya juga terbabit dalam jentera negeri bagi mengenal-pasti bilik gerakan untuk pilihan raya kecil itu.”

Azmin bagaimanapun mengakui, beliau tidak hadir pada malam Selasas lalu apabila ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Zaid bagi mewakili Pakatan Rakyat di sebuah ceramah di Serendah, Batang Kali.

Menurut Azmin, beliau terpaksa menghadiri mesyuarat sidang dewan undangan negeri Selangor yang dilanjutkan sehingga jam 9 malam.

"Tidak adil bagi menilai situasi itu berdasarkan ketidak-hadiran saya pada malam itu. Saya akan ke Hulu Selangor lagi esok dan akan berada sehingga hari pengundian.”

azmin ali pc in parliament 020709 01 Mengenai isu berhubung pemilihan Zaid, Azmin berkata beberapa nama dikemukakan oleh pemimpin PKR dan juga akar umbinya - semua mereka pemimpin yang berwibawa.

“Adalah sukar menentukan calon yang muktamad, parti terpaksa melalui proses rundingan dengan bahagian, cawangan dan juga pemimpin negeri.”

Azmin berkata memandangkan PKR telah memilih Zaid sebagai calonnya, semua ahli perlu menyokongnya bagi menentukan kemenangan parti.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS