Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan BN bahawa Pakatan Rakyat menyalahgunakan jentera kerajaan negeri dengan menyelenggaran pentadbirannya di Pejabat Daerah Hulu Selangor.

NONE Khalid sebaliknya berkata, perkara tersebut hanyalah “amalan standard”.

“Saya ingin bertanya kepada kerajaan persekutuan sama ada mereka juga menggunakan pejabat (agensi kerajaan seperti) Kemas, Rela dan Jabatan Penerangan,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Penerangan Wanita BN, Datuk Hamidah Osman, semalam yang  dilaporkan berkata tindakan Pakatan itu menimbulkan keraguan sikap berhubung berkecuali pegawai daerah yang bertindak sebagai pegawai pengurus pilihan raya kecil.

BN juga menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menukar pegawai pengurus pilihan raya kecil, Nor Hisham Ahmad Dahalan.

hulu selangor by-election 100410 pakatan dinner ulu yam baru khalid and chua rui ming Jumaat lalu, Khalid mengumumkan, pentadbiran kerajaan negeri akan beroperasi sementarai di Pejabat Daerah tersebut untuk membolehkan kerajaan memahahi keperluan rakyatnya.

Bercakap dalam sidang media ketika sidang DUN Selangor berhenti rehat tengah hari tadi, Khalid berkata, pihaknya mempunyai hak untuk menggunakan kemudahaan kerajaan negeri.

 

“Seperti sekarang ini, saya di pejabat menteri besar di bangunan DUN, tetapi saya menjawab soalan politik. Sebagai kerajaan memerintah, kita boleh menggunakan kemudahan itu,”katanya.

Diminta membuktikan bahawa pegawai daerah Nor Hisham Ahmad Dahalan – yang juga pengarah pilihan raya negeri tidak akan memihak, Khalid hanya menjawab:  

“Ini antara soalan paling pelik yang sudah lama tidak ditanya kepada saya.”

Katanya, perkara tersebut sebelum ini sering ditimbulkan oleh pembangkang, bagaimanapun, kali ini keadaan sudah berubah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS