Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN serang Zaid kerana bukan anak tempatan
Diterbitkan:  Apr 13, 2010 3:08 PM
Dikemaskini: 7:15 AM

Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan ‘anak tempatan’ berentap dengan ‘muka lama’ bagi merebut kerusi berkenaan.

azlan Barisan Nasional dipercayai akan berkempen dengan mendakwa hanya anak tempatan yang mampu memperjuangkan masalah Hulu Selangor berbanding dengan Pakatan Rakyat yang hari ini menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon mereka.

Zaid yang berasal dari Kelantan dipercayai akan ditentang oleh calon BN, Datuk G Palanivel yang juga merupakan bekas ahli parlimen kawasan itu selama empat penggal.

Ketika dihubungi, ketua pembangkang dewan undangan negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata keputusan PKR meletakkan Zaid sebagai calonnya akan memberi kelebihan kepada BN.

NONE “Beliau bukan anak tempatan, lebih-lebih lagi beliau adalah muka baru kepada Hulu Selangor dan juga dalam partinya sendiri.

 

“Keputusan PKR menunjukkan mereka tiada calon yang baik maka mereka terpaksa memilih Zaid untuk bertanding,” kata Khir.

Namun demikian, bekas menteri besar Selangor yang ditumbangkan pada pilihan raya umum 2008 yang lalu berkata BN tidak menyerang peribadi lawan mereka.

Justeru, katanya BN tidak akan menggunakan keputusan lembaga disiplin Umno yang mendapati Zaid bersalah kerana terlibat dalam politik wang  pada 2005 untuk menyerang beliau.

 Zahid adalah bekas menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal perundangan ketika dalam barisan kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum berpaling tadah ke PKR pada tahun Jun 2009.

“Sebenarnya ini bukan isu lagi, tetapi ini menunjukkan bahawa PKR tidak buat serupa kata dengan janjinya untuk memegang kepada prinsip ketelusan, bersih, dan tidak rasuah,” katanya.

A azlan pabila ditanya adakah Palanivel calon pilihan BN, Khir berkata terdapat beberapa nama lagi yang dipertimbangkan tetapi yang pasti calon BN adalah anak tempatan.

Sekiranya, BN mengambil keputusan untuk mengekalkan Palanivel sebagai calonnya, PKR pasti akan mengeksploitasi bahawa setelah berkhidmat selama 17 tahun sebagai MP Hulu Selangor, timbalan presiden MIC itu gagal membawa perubahaan.

Sebaliknya, Hulu Selangor masih ketinggalan dari segi pembangunan dan perindustrian berbanding beberapa kawasan yang lain di Selangor.

Sementara itu, ketua penerangan MIC Kamalanathan berkata pencalonan Zaid menambahkan lagi peluang MIC untuk merampas semula kerusi itu.

“Pembangkang mencalonkan Zaid dari Kelantan daripada anak tempatan kerana mereka akan memberi tumpuan kepada isu nasional. Kekuatan BN adalah calon kami. Kami mahu calon kami diterima penduduk tempatan dan juga di seluruh negara,” katanya.

Beliau mendakwa Zaid akan melupakan Hulu Selangor sebaik sahaja jika dia memenangi pilihan raya itu.

“Calon kami akan berenang ataupun tenggelam bersama penduduk Hulu Selangor, sedangkan Zahid, jika menang akan pulang ke rumahnya dan mungkin tidak akan kembali,” katanya lagi dengan nada sinis.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS